5 KEBAIKAN DIET INTERMITTENT FASTING (DIET IF) YANG PERLU ANDA KETAHUI

Spread the love

Diet Intermittent Fasting atau diet IF merupakan salah satu plan diet yang agak popular di Malaysia. Seperti juga plan-plan diet yang lain contohnya  diet Atkins, diet tanpa nasi dan lain-lain lagi, sebelum kita nak mengamalkan satu-satu diet, perlu kita ketahui dahulu apakah dia plan diet tersebut. Setelah itu, barulah kita dapat amalkan plan tersebut mengikut kesesuaian tubuh kita.

 

APAKAH DIA DIET IF?

Diet Intermittent Fasting atau diet IF adalah cara pemakanan yang melarang pengambilan makanan pada waktu-waktu tertentu. Atau dengan kata lain, seseorang yang mengamalkan diet IF ini akan menggilirkan tempoh berpuasa dan makan. Ini bermakna, pengamal diet IF ini akan merancang tempoh beliau mengawal diri untuk makan dan juga juga tempoh dibolehkan untuk makan.

Apa beza diet IF dengan puasa bagi umat Islam? Umat Islam berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari yang mana mereka tidak dibenarkan untuk makan dan minum sama sekali termasuk juga tidak dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Namun, untuk diet IF ini, pengamal dibenarkan untuk minum air kosong atau sumber yang tidak mempunyai kalori seperti kopi tanpa gula semasa mereka ‘berpuasa’ IF.

CARA AMALAN DIET IF

Terdapat beberapa cara atau kaedah pengamalan diet IF antaranya seperti berikut:

Kaedah 16:8

Langkau sarapan pagi dan hadkan tempoh makan kepada 8 jam dan berpuasa selama 16 jam. Contohnya kita makan antara jam 12 tengahari sehingga 8 malam sahaja. Selebihnya adalah tempoh kita “berpuasa”. Ini juga antara kaedah yang paling popular dalam kalangan pengamal diet IF.

Kaedah 24 jam

Pilih satu atau dua hari dalam seminggu untuk anda berpuasa selama 24 jam. Contohnya, makan malam pada pukul 7 malam dan jangan makan lagi sehingga pukul 7 malam keesokan harinya. Ini bermakna kita masih makan setiap hari tetapi hanya sekali atau 2 kali seminggu pada hari yang kita pilih.

Kaedah 5:2

Kaedah ini menggunakan lima hari makan biasa dan dua hari berpuasa. Semasa dua hari berpuasa, kita hanya makan 500 kalori setiap hari-sama ada beberapa hidangan sepanjang hari atau dalam satu hidangan sahaja.

Lain-lain kaedah

Ia adalah lain-lain kaedah waktu mengikut kesesuaian tubuh seseorang tetapi ia tetap fokus kepada kawalan waktu “berpuasa”.

 

5 KEBAIKAN DIET INTERMITTENT FASTING

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, terdapat beberapa faedah atau kebaikan diet IF antaranya adalah:

Membantu Penurunan Berat Badan:

Pada asasnya, puasa berselang-seli membolehkan badan membakar tenaga tersimpan, dan satu sumber tenaga tersimpan adalah lemak badan yang berlebihan. Memandangkan tenaga tidak datang daripada makanan apabila kita berpuasa, badan kita akan menggunakan lemaknya sendiri untuk tenaga.

Penurunan Insulin:

Apabila kita makan, insulin meningkat dan membantu badan membuat lemak untuk menyimpan glukosa berlebihan. Apabila kita berpuasa, prosesnya berfungsi secara terbalik, tahap insulin menurun, menjadikan tenaga yang disimpan dalam lemak lebih mudah diperolehi.

Peningkatan Metabolisme:

Intermittent Fasting dapat mengubah tahap pertumbuhan hormon dan boleh meningkatkan metabolisme anda untuk membakar lebih banyak kalori.

Seimbangkan Pengambilan Kalori:

Apabila kita mengambil makanan 3 kali sehari, ia akan menyebabkan kita mengambil kalori terlalu banyak dan menyebabkan badan kita menyimpan tenaga makanan yang tidak digunakan. Tetapi, dengan mengamalkan diet IF, ia boleh mengurangkan pengambilan kalori dan membolehkan badan kita menggunakan tenaga yang disimpan.

Gaya Hidup Yang Lebih Ringkas:

Kita selalu susah untuk memikirkan menu masakan sihat untuk dimasak setiap hari, tetapi bila kita amalkan diet IF ia amat membantu kita untuk memikirkan menu-menu tersebut lagi dan mengurangkan proses dan masa memasak di rumah.

Intermittent Fasting Cara Shaklee 

Shaklee memperkenalkan kaedah diet IF cara Shaklee dengan memperkenalkan kaedah 12:12 serta pemakanan yang seimbang. Selain menggalakkan pengambilan makanan suku suku separuh, Shaklee memperkenalkan Hello New You Set yang amat sesuai diambil oleh pengamal diet IF ini.

InsyaAllah di lain entri, saya akan terangkan lebih lanjut berkaitan kaedah diet IF Shaklee. Jika anda berminat untuk mencuba Set Hello New You ini, boleh segera hubungi saya di talian 013-4517098 atau klik link berikut atau icon whatsapp yang tertera di blog ini. Anda akan diberikan panduan plan pemakanan cara Shaklee jika anda membeli set ini dengan saya.

Anda juga boleh membaca tentang Selamat atau Tidak Diet IF di sini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
Order sekarang
Powered by