Makin ramai rakyat Malaysia kini yang sedang mencari-cari peluang untuk menjalankan bisnes bagi menambah pendapat keluarga. Dan mungkin juga anda yang sedang membaca artikel saya ini adalah salah seorang daripada mereka. Nak pilih bisnes bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tambahan pula apabila kita nak memilih Bisnes Online terbaik masa kini yang ada di Malaysia khususnya, sudah tentu kita perlu tahu kriteria tertentu untuk memilih bisnes tersebut.
Keperluan Menjalankan Bisnes Online Untuk Tambah Pendapatan Keluarga
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi bersama Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga 28 Februari 2023, seramai 124,519 ketua isi rumah (KIR) berada di bawah kategori miskin tegar dan 302,694 KIR pula berada di bawah kategori miskin. Sementara, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika menjawab pertanyaan Dewan Rakyat pada 7 Mac menyebut bahawa kaum Bumiputera adalah paling ramai berada dalam kategori miskin tegar!!
Jika kita berada dalam kategori miskin tegar atau miskin ini, kita perlu bertindak melakukan sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga, bukan hanya semata-mata menunggu bantuan-bantuan dari kerajaan sahaja. Kita tidak boleh hanya menunggu ‘sesuatu jatuh dari langit’, tetapi perlu ada usaha sendiri untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga.
Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang makin mencabar ini, kenaikan harga barang yang makin hari makin meningkat, keadaan hidup yang makin mendesak, bisnes online merupakan jalan terbaik untuk kita memulakan langkah terbaik mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung kehidupan keluarga. Inilah masa yang terbaik untuk kita bertindak!
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Employment hero, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia, lebih separuh atau 66% daripada pekerja berpengetahuan di negara ini menjalankan kerja sampingan sebagai jalan penyelesaian untuk mengurangkan tekanan kewangan. Tekanan kewangan ini adalah didorong oleh kos sara hidup yang semakin meningkat dan cabaran ekonomi yang berterus.
Cuba bayangkan, mereka yang bekerja pun terpaksa menjalankan dua atau lebih kerja sampingan untuk menampung beban kewangan keluarga, apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kan? Molek sangat kalau kita semua mulakan bisnes online sekarang!
Kenapa Bisnes Online, Bukan Pekerjaan Lain?
Kebelakangan ini, terutamanya selepas penularan wabak covid-19 sekitar tahun 2020 aktiviti bisnes online dalam negara kita telah meningkat sebanyak 28.9%. Banyak pihak telah mengubah haluan perniagaan dan bertumpu kepada bisnes online atau dalam talian.
Disebabkan kepesatan dan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini dan platform media sosial yang pelbagai telah menyebabkan ramai yang terus memilih bisnes online sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Permintaan terhadap produk-produk hasil jualan bisnes online juga makin meningkat kerana orang ramai rasa lebih mudah untuk membeli secara online tanpa perlu mengeluarkan kos dan tenaga untuk pergi ke kedai fizikal.
Dengan ketiadaan sumber modal untuk memulakan bisnes konvensional pada masa sekarang, pemilihan bisnes online adalah jalan paling baik untuk anda semua memulakan penjanaan pendapatan tambahan untuk keluarga anda sekarang. Disamping itu, banyak lagi kekangan lain yang mungkin akan merencatkan hasrat anda untuk melakukan pekerjaan lain atau membuka bisnes konvensional. Jadi, memulakan Bisnes Online adalah jalan terbaik untuk anda!
5 Kriteria Pemilihan Bisnes Online Terbaik Masa Kini
Mungkin anda sekarang sedang mencari-cari bisnes online sebagai sumber pendapatan tambahan keluarga. Mesti ada yang tengah pening nak buat pilihan kan? Jom saya kongsikan 5 kriteria penting yang perlu anda lihat sebelum terlibat dengan sebarang jenis bisnes online.
Pertama – Pilih Bisnes Online Yang Tak Perlu Keluar Modal Yang Banyak.
Kriteria pertama ini sangat penting dalam situasi kita yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan. Pemilihan bisnes online yang ‘zero cost’ atau tanpa modal sangat-sangat disarankan. ‘Zero cost’ ni bukan bermaksud tidak perlu keluar kos atau modal langsung, tetapi jika perlu modal pun, mungkin dalam jumlah yang kecil tanpa perlu anda meminjam untuk memulakan bisnes. Jika berlaku situasi seperti kegagalan anda meneruskan bisnes online tersebut, tidaklah anda merasa satu kerugian yang besar kerana mungkin bisnes online yang dijalankan sekejab itu telah ‘balik modal’.
Kedua – Pilih Bisnes Online Yang Menjual Produk Mempunyai Demand atau Permintaan Tinggi.
Kriteria ini juga penting difikirkan oleh anda sebelum memilih satu-satu bisnes online itu. Mungkin ada yang berminat untuk menjual makanan, pakaian, peralatan rumah, supplement dan sebagainya. Tapi pastikan produk tersebut sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan menjadi keperluan atau manfaat kepada ramai orang. Dan bisnes online tersebut juga menawarkan rangkaian produk yang pelbagai sebagai pilihan kepada pengguna.
Ketiga – Pilih Bisnes Online Yang Mempunyai Sistem Pembayaran Bonus (atau sebagainya) Yang Sistematik.
Sistem syarikat (atau pengeluar) yang sistematik ini sangat penting dalam kriteria pemilihan bisnes online kerana ia akan memberi kesan kepada pembayaran bonus, komisyen, gaji dan seumpamanya. Mungkin ada di kalangan kita yang berminat untuk menjalankan bisnes online secara dropship, sistem ejen, MLM dan sebagainya, jadi pastikan syarikat tersebut betul-betul stabil dan kukuh dari sebagai sistem yang digunapakai. Jangan terlibat dengan bisnes online yang hanya menekan atau menindas pekerja atau ejen mereka. Pernah juga berlaku, syarikat tidak membayar bonus kepada para dropship atau ejen seperti yang diwar-warkan pada awalnya.
Keempat – Pilih Syarikat Yang Mempunyai Kewangan Yang Kukuh Serta dapat Menawarkan Bonus atau Komisyen yang Tinggi.
Kriteria ini juga penting untuk diteliti sebelum anda memulakan satu-satu bisnes online. Kewangan syarikat mestilah kukuh supaya dapat memberi komisyen atau bonus yang berpatutan kepada anda. Jika kewangan syarikat pun masih goyah, ada kemungkinan syarikat tersebut boleh gulung tikar kerana tidak mampu memenuhi demand pengeluaran produk atau tidak mampu membayar komisyen kepada pekerja.
Kelima – Pilih Bisnes Online Yang Fleksibel Dengan Situasi Semasa Anda.
Pilih bisnes online yang fleksibel dari segi masa, tempat, dan seumpamanya bersesuaian dengan situasi anda sekarang. Jika anda telah bekerjaya tetap, pilih bisnes yang fleksibel dari segi masa, yang tak memerlukan anda untuk fokus kepada bisnes tersebut pada waktu kerja. Begitu juga dari segi tempat, kebiasanyaan bisnes online ni boleh dilakukan di mana-mana shaja anda berada asalkan ada talian internet. Jadi pastikan bisnes online yang anda pilih fleksibel dan sesuai dengan keadaan diri anda.
Kenapa Shaklee adalah Bisnes Online Terbaik Pada Masa Kini?
Saya terjebak dengan bisnes Shaklee sejak September 2012, dah hampir 11 tahun saya menjalankan bisnes Shaklee secara online. Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang yang bekerjaya tetap di sektor kerajaan (badan berkanun), jadi amat memerlukan komitmen yang tinggi dalam kerjaya. Saya juga mempunyai 6 orang anak yang juga memerlukan pemerhatian yang lebih kepada mereka. tetapi, saya masih dapat menjalankan bisnes Shaklee secara online hingga kini dan bertahan lebih dari 10.
Kenapa saya pilih Shaklee sebagai bisnes online yang saya jalankan secara part-time? Sejujurnya, kesemua kriteris yang saya utarakan di atas, ada dalam Shaklee, malah lebih lagi. Antara kriteria yang menyebabkan saya terus setia menjalankan bisnes online Shaklee ialah:
Pertama: Shaklee adalah bisnes online yang tidak memerlukan modal yang tinggi atau boleh dikatakan sebagai ‘zero-cost’. Saya tak perlu membuat pinjaman untuk memulakan bisnes Shaklee saya dahulu. Asalnya saya membeli produk untuk makan sendiri sahaja tetapi akhirnya saya jatuh cinta dan terjebak untuk menjalankan bisnes Shaklee secara online. Yuran keahlian Shaklee hanyalah RM35 sahaja dan dalam keadaan tertentu, anda boleh menjadi ahli secara percuma!
Kedua: Syarikat Shaklee Corporation (M) adalah sebuah syarikat yang kukuh yang telah bertapak di Malaysia lebih daripada 30 tahun dan di dunia dah lebih 60 tahun. Jadi, dari segi kewangan sudah semestinya kewangan syarikat sangat kukuh dan mampu membayar bonus dan pelbagai tawaran insentif lain kepada pengedarnya yang sangat lumayan.
Ketiga: Shaklee adalah syarikat supplement terbaik yang mengeluarkan rangkaian produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan digunakan dalam kehidupan setiap hari. Antara rangkaian produk Shaklee adalah terdiri daripada nutrisi kesihatan (vitamin), rangkaian produk kecantikan kulit dan badan serta rangkaian produk penjagaan kebersihan rumah. Kesemua produk ini sentiasa mempunyai demand yang tinggi daripada pengguna. dan kesemua rangkaian produk Shaklee ada halal, selamat, berkesan dan mesra alam serta telah melalui ujian klinik setiap tahun.
Keempat: Bisnes Online Shaklee adalah sangat fleksibel. Saya boleh jalankan bisnes ini walau dimana saya berada. Syarikat menyediakan satu platform website untuk memudahkan para pengedarnya untuk membuat order, mendaftar keahlian, mendapatkan maklumat tentang produk dan pelbagai lagi kemudahan yang ada melalui satu platform tersebut. Jadi, jika anda menyertai bisnes shaklee online, anda boleh membuat order walau di mana anda berada dan syarikat yang akan membuat pengeposan untuk anda. Ini sahaja dah sangat membantu memudahkan kerja anda, anda tidak perlu lagi membuat pembungkusan atau pengeposan.
Kelima: Shaklee mempunyai sistem pembayaran bonus kepada para pengedarnya yang sangat sistematik. Bahkan, sistem pembayaran bonus Shaklee ini telah dipatentkan yang bermaksud, syarikat lain tidak boleh meniru cara pembayaran bonus yang ada dalam Shaklee. Bila ada sistem sebegini, potensi untuk berlaku penipuan kepada para pengedarnya adalah zero! Sepanjang lebih 10 tahun saya menjalankan bisnes Shaklee, syarikat tidak pernah gagal membuat pembayaran bonus kepada kami. Malah, bonus kami dibayar awal daripada tarikh yang sepatutnya!
Keenam: Shaklee menawarkan 3 C kepada para pengedarnya iaitu CASH Bonus, CAR Bonus dan CONVENTION TRIP. Memang lumayan sangat tawaran Shaklee ni tau. Selain tu, ada lagi insentif-insentif lain yang ditawarkan secara berkala atau limited time kepada para pengedarnya berdasarkan syarat-syarat tertentu.
Baca juga: 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!
Apa Itu 3C Dalam Shaklee?
C yang pertama iaitu Cash Bonus atau bonus tunai. Bonus tunai yang Shaklee berikan terdiri daripada 2 iaitu:
- Untung runcit yang diperoleh hasil jualan produk kepada pengguna yang bukan ahli. Untung runcit setiap produk Shaklee adalah tidak sama iaitu antara 15 hingga 20 %. Ini bermakna, kita boleh dapat duit cash (untung runcit) setelah menjual produk tersebut kepada pembeli bukan ahli. Selalunya, untuk runcit sepanjang bulan itu jika dihitung boleh jadi lebih banyak daripada bonus bulanan.
- Bonus tunai bulanan yang Shaklee bayar kepada para pengedarnya. Bonus ini dibayar berdasarkan jualan peribadi dan jualan kumpulan dalam tempoh satu bulan. Jumlah bonus tunai adalah berdasarkan kelayakan iaitu minima 5% dan paling tinggi ialah 21%. Saya kini berada pada tahap peratusan kelayakan bonus bulanan sebanyak 21%.
C yang kedua itu Car Bonus, para pengedar Shaklee juga berpeluang untuk mendapat Car Bonus dalam bentuk wang tunai. Jika seseorang pengedar itu mencapai syarat bonus kereta yang ditetapkan, beliau layak untuk mendapat bonus kereta setiap bulan secara tunai. Bonus kereta ini boleh digunakan untuk membuat apa sahaja yang disukai, tak semestinya digunakan untuk membeli kerata. Minima jumlah bonus kereta yang boleh diperolehi oleh seseorang pengedar ialah lebih kurang RM500 sebulan dan tiada had maksima untuk bonus kereta. Alhamdulillah, saya juga telah merasa bonus kereta daripada Shaklee.
Manakala C yang ketiga ialah Convention Trip atau percutian percuma. Shaklee menawarkan percutian percuma kepada para pengedarnya yang telah mencapai syarat kelayakan yang ditetapkan. Trip percutian ini terdiri daripada Internationa dan Regional Trip. Memang mewah sangat percutian yang ditawarkan oleh Shaklee ni tau. Saya sendiri telah menyertai trip percuma Shaklee ini ke beberapa negara sejak menyertai Shaklee 10 tahun yang lalu. yang paling terbaru ialah trip percutian mewah ke Switzerland pada tahun lepas 2022. Memang best sangat!
Pada saya, Shaklee adalah Bisnes Online yang terbaik dan paling berbaloi untuk anda sertai masa kini. Bukan hanya anda boleh dapat pendapatan tambahan keluarga tetapi boleh capai pelbagai lagi insentif yang ditawarkan oleh shaklee seperti 3C yang saya ceritakan di atas.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Shaklee dan menjalankan bisnes secara online, anda boleh berhubung dengan saya segera di link wassap berikut untuk kita sembang-sembang lebih lanjut. Jadi, jangan berlengah lagi, jom mendaftar dengan bisnes online Shaklee hari ini!
Terbaik