Hai assalamualaikum dan selamat bersua kembali buat semua pengunjung blog ini. Terasa lama sangat tak menulis di ruangan ini.
Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang tips atau panduan untuk memilih bisnes untuk bekerja dari rumah bagi ibu muda. Dewasa ini, trend bekerja dari rumah semakin diminati dan mendapat permintaan tinggi oleh golongan wanita terutamanya para ibu muda. Sebagaimana yang kita tahu, bila seseorang wanita itu telah berkahwin dan setelah itu memperolehi cahaya mata, sudah tentunya kepentingan anak kecil yang baru lahir itu sangat-sangat menjadi keutamaan kepadanya.
Ramai ibubapa muda sekarang yang mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak kecil, sementelaah pula pelbagai cerita dan kes-kes dera yang makin banyak berlaku di premis-premis jagaan bayi dan kanak-kanak. Kes-kes ini yang sangat membimbangkan kita semua terutama para ibu muda yang baru pertama kali atau masih baru lagi menimang cahaya mata.
Jadi, alternatif terbaik adalah dengan mengambil keputusan supaya si ibu melakukan bisnes atau bekerja dari rumah. Dalam entri kali ini, saya tidak akan fokus kepada kebaikan bekerja dari rumah yang mungkin ramai ibu-ibu sudah tahu. Tetapi saya nak kongsikan tips atau panduan kepada ibu muda sebelum mereka memilih satu-satu bisnes atau kerja dari rumah. Bolehlah para ibu sekelian membuat pertimbangan awal sebelum keputusan di buat.
5 Panduan Pemilihan Bisnes atau Kerja Dari Rumah
Pertama:
Ketahui minat dan bakat yang kita miliki – Pertama sekali mungkin boleh kita cek balik apakah minat dan bakat yang kita ada sebelum memulakan satu-satu pekerjaan atau bisnes dari rumah. Contohnya, jika minat dan bakat kita suka bercakap atau menulis kita boleh memilih bisnes atau pekerjaan yang berkait dengan minat dan bakat bercakap dan menulis yang kita ada. Kadangkala, kita mempunyai minat atau bakat yang terpendam, haa minat ini lah yang perlu kita cungkil dan tonjolkan pada rakan sekeliling dan orang luar.
Kedua:
Membuat sedikit kajian atau tinjauan tentang pasaran atau permintaan – jika kita memilih untuk menjual barangan tertentu atau dengan erti kata lain, menjalankan bisnes dari rumah, kita perlu tahu terlebih dahulu tentang permintaan dan pasaran terhadap produk yang hendak kita jual itu. Sekiranya produk tersebut sentiasa mendapat permintaan tinggi dan repeat order yang kerap, maka bisnes tersebut sesuai untuk kita jalankan dari rumah.
Ketiga:
Pilih kerja atau bisnes yang bersifat fleksibel – perkara ini sangat penting kerana ia berkait dengan pelbagai perkara yang perlu kita lalui dalam hidup kita sebagai seorang ibu muda. Ini bermaksud, kita perlu melihat adakah bisnes atau kerja yang kita akan pilih itu fleksible dari segi masa, tempat, kemudahan online dan seumpamanya supaya kita masih boleh uruskan anak dan tugas rumah yang lain sewaktu kita menjalankan bisnes atau bekerja dari rumah.
Keempat:
Pilih bisnes yang tak memerlukan modal permulaan yang terlampau tinggi – perkara tentang modal ini adalah salah satu faktor yang sangat penting. Sebagai ibu muda, mungkin kita tidak memerlukan modal yang tinggi untuk melabur bagi memulakan satu-satu bisnes. Lagi pula, kita belum tahu bagaimanakah perjalanan bisnes kita nanti, jadi jika kita tak dapat uruskan bisnes tersebut dengan baik, modal yang terlalu tinggi yang kita gunakan untuk memulakan bisnes tersebut pasti akan hilang begitu sahaja. Oleh yang demikian, adalah lebih baik kita memilih bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar untuk permulaannya.
Kelima:
Membuat penelitian atau melakukan sedikit kajian tentang bisnes atau produk tersebut sebelum kita membuat pilihan – perkara ini juga sangat penting sebelum kita membuat keputusan untuk menjalankan satu-satu bisnes dari rumah. Kita boleh mencari info atau maklumat tentang bisnes tersebut, mungkin dari segi peraturan-peraturan yang ada dalam bisnes tersebut, apa produk-produk yang dijual, adakah ia halal, sistem atau cara pembayaran bonus, sitem urusan jual beli dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan bisnes tersebut. Hal ini kerana kita nak jalankan satu-satu bisnes itu dalam masa yang lama jadi kita perlu ambil tahu tentang selok belok bisnes tersebut sebelum memulakannya.
Bisnes Shaklee Adalah Bisnes Terbaik Dijalankan Dari Rumah
Berdasarkan panduan-panduan yang dinyatakan di atas, saya boleh katakan bahawa bisnes Shaklee adalah antara bisnes yang memenuhi kriteria di atas. Shaklee adalah syarikat suplemen yang telah lama bertapak di dunia amnya dan juga di Malaysia khasnya. Shaklee juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa selain produk-produk yang dijual telah mendapat kelulusan KKM dan Halal Jakim. Dari segi sistem pembayaran bonus Shaklee juga amat telus dan telah dipatenkan.
Dari segi fleksibiliti pula, bisnes Shaklee sangat fleksibel. Boleh dijalankan di mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa, tak perlu simpan stok dan tak perlukan modal yang banyak untuk memulakan bisnes. Bahkan, anda bolehkan mulakan bisnes Shaklee secara PERCUMA! Setiap orang yang mendaftar keahlian Shaklee akan mendapat akses untuk website Shaklee yang mana melalui website inilah semua aktiviti bisnes boleh dimulakan dan berjalan.
Selain itu, pemilihan group atau team Shaklee juga memainkan peranan penting. Anda perlu memilih upline atau orang yang anda nak daftarkan keahlian Shaklee dari kalangan Pengedar Shaklee Aktif supaya beliau dan teamnya dapat memberi tunjuk ajar kepada anda untuk memulakan bisnes. Selain itu, team juga akan menjalankan kelas-kelas bimbingan selain pihak syarikat sendiri yang menjalankan kelas-kelas nutrisi dan bengkel-bengkel tertentu dalam usaha untuk memantapkan ilmu bisnes dan ilmu nutrisi di kalangan ahli.
Saya rasa dah panjang lebar juga saya menulis kali ini. Jika anda berminat nak menjalankan bisnes dari rumah atau bekerja dari rumah bersama team Shaklee saya, boleh hubungi saya pada bila-bila masa untuk kita bincang lebih lanjut berkenaan perkara ini. Klink link berikut untuk hubungi saya melalui wassap.
Sampai berjumpa lagi, byee..