5 TIPS KEKAL SIHAT BERHARI RAYA DENGAN SHAKLEE

Spread the love

Assalamualaikum semua pengunjung blog drnajihaham.com! Selamat bertemu kembali dalam mood dan suasana masih berhari raya. Pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua berkenaan Tips Kekal Sihat Berhari Raya Dengan Shaklee.

Saat artikel ini ditulis tanggal 30 April 2023 hari Sabtu, umat Islam telah menyambut 1 Syawal 1444H pada Sabtu lepas iaitu kira-kira seminggu yang lalu. Hari ini telah masuk ke tarikh 8 Syawal, bermakna sudah masuk hari raya ke-8 namun, suasana berhari raya masih terasa tambahan pula esoknya rakyat Malaysia mendapat cuti umum iaitu cuti sempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2023.

Masalah Kesihatan di Musim Perayaan

Kebiasaannya, apabila tiba musim perayaan pasti akan timbul beberapa isu atau berkaitan kesihatan yang perlu kita ambil berat terutamanya yang membabitkan kesihatan diri dan ahli keluarga. Bagi perayaan Aidilfitri, setelah selesai umat Islam berpuasa selama sebulan sudah tentu bab penjagaan atau pengambilan makanan pada hari raya amat perlu kita ambil cakna.

Menurut pakar pemakanan dan jurulatih persendirian Kevin Zahri, 10 hari pertama sambutan Syawal merupakan hari-hari yang paling sukar untuk kita mengawal pengambilan makanan. Dan kebiasaannya pada masa inilah kita seolah-olah ingin ‘melepas geram’ untuk makan setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga. Ditambah pula dengan jemputan rumah terbuka dari sanak saudara dan rakan taulan yang silih berganti menjadikan kita sukar untuk berhenti makan.

Antara masalah kesihatan yang berkait dengan pengambilan makanan yang tidak terkawal pada Hari Raya Aidilfitri adalah seperti peningkatan berat badan dengan mendadak, masalah diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain lagi. Kesemua masalah ini boleh membawa kepada penyakit kronik yang lain jika tidak dikawal sebaiknya.

Selain itu, menjelang Aidilfitri baru-baru ini kita dikejutkan dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dengan kemunculan dua varian baharu Covid-19 iaitu campuran dua varian Omicron bermutasi dikenali sebagai XBB 1.16 atau Arcturus. Disamping itu, ramai dari kalangan kita yang mula alpa dengan S.O.P sebagaimana yang kita semua pernah lalui sewaktu PKP dahulu dengan penjagaan jarak, pemakaian pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan seumpamanya.

Baru-baru ini juga seluruh negara mengalami mengalami cuaca panas yang melampau sehingga boleh membawa kepada situasi strok haba. Dalam keadaan kita masih berhari raya, cuaca panas ini boleh ‘membawa maut’ sekiranya kita tidak mengambil langkah penjagaan dan pencegahan yang sepatutnya. Dan kita dikejutkan dengan kes kematian kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan di saat kita semua masih seronok meraikan Syawal, disebabkan oleh strok haba ini.

Tips Kekal Sihat Berhari Raya Dengan Shaklee

Dalam entri ini, saya ingin kongsikan beberapa tips sebagai panduan kepada kita untuk terus kekal sihat sepanjang musim perayaan ini dan juga selepasnya.

Tips 1: Bersederhana Dalam Pengambilan Makanan dan Juadah Hari Raya

Kita sedia maklum, rakyat Malaysia terkenal dengan penyediaan pelbagai juadah dan hidangan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi meraikan hari lebaran dan rumah terbuka sana sini, kita boleh mengambil makanan dan pelbagai juadah yang disediakan tetapi kena ingat, mestilah bersederhana dari segi kuantiti dan kekerapan pengambilan.

Selain itu, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis atau bergula bagi mengelakkan diabetes dan kenaikan berat badan secara mendadak. Disamping itu, adalah lebih baik jika kita dapat mengambil makanan mengikut kalori yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia secara tidak langsung akan membantu kita mengawal pengambilan makanan dan mengekalkan berat badan ideal.

Tips 2: Kurangkan Aktiviti Luar Yang Terdedah Kepada Cahaya Matahari Dalam Tempoh Lama

Dalam keadaan cuaca panas sekarang, kita perlu kurangkan aktiviti yang mendedahkan kita secara terus kepada sinaran matahari dalam tempoh yang lama. Ia bagi mengelakkan gelaja strok haba yang boleh menyebabkan kelesuan, keletihan, tekanan darah rendah, sakit kepala berpanjangan dan seumpamanya lagi.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia KKM juga menyarankan orang ramai supaya sentiasa memakai payung atau topi sekiranya hendak keluar untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan. Disamping itu, kita dilarang daripada duduk di dalam kenderaan tanpa penghawa dingin jika berada dalam pancaran matahari yang terik. Untuk panduan penjagaan kesihatan menghadapi fenomena strok haba, boleh tengok poster KKM di bawah.

Tips Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas

Tips 3: Elakkan Kawasan Sesak Dengan Orang Ramai Jika Diri Bergejala

Tips ketiga ini perlu kita ingat dan semak keadaan diri masing-masing supaya keadaan kesihatan yang kita alami tidak akan mendedahkan orang di sekeliling kita dengan gejala sepertimana yang kita alami. Selain itu, ia dapat mengurangkan jangkitan kepada orang lain disamping dapat mengurangkan simptom yang kita alami.

Sebaiknya, sekiranya diri kita bergejala, sentiasalah menjaga S.O.P, jaga jarak, memakai pelitup muka, jaga kebersihan diri dan sebagainya lagi. Perkara-perkara sebegini sangat perlu kita patuhi supaya dapat mengekang wabak Covid-19 daripada terus menular dengan peningkatan bilangan kes yang ketara.

Tips 4: Banyakkan Minum Air Kosong

Dalam situasi negara kita yang berhadapan dengan suhu panas mendadak, kita amat digalakkan untuk mengambil air kosong secukupnya. Kurangkan pengambilan minuman bergula, minuman bergas dan minuman berkafein. Ia dapat menjadikan badan kita sentiasa terhidrat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Tips 5: Jangan Lupa Pengambilan Supplement

Tips yang terakhir ini amatlah penting untuk kita amalkan. Mengambil supplement bukanlah pada waktu kita jatuh sakit, sebaliknya supplement perlu diambil ketika kita masih sihat. Fungsi supplement bukan untuk menyembuhkan tetapi ia dapat membantu pencegahan daripada pelbagai jenis virus dan penyakit.

Dalam senarai produk Shaklee, terdapat belbagai jenis vitamin yang boleh kita jadikan sebagai pengambilan harian atau daily intake. Namun, untuk sesuaikan dengan situasi yang kita hadapi sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, ada beberapa vitamin yang saya boleh sarankan kepada anda untuk mengambilnya setiap hari.

  • Sustained Release Vita C Plus – membantu menguatkan sistem imun tubuh badan kita bagi melawan pelbagai jenis penyakit dan virus. Selain itu, ia dapat membantu melembabkan kulit terutama ketika terdedah kepada cahaya matahari.

  • ESP – membantu memberi tenaga segera dan mengenyangkan dalam tempoh yang lama. Secara tidak langsung, ia sangat membantu untuk menguruskan badan dan mendapatkan berat badan ideal.

  • Herblax – berfungsi untuk proses detox. Amat bagus kita amalkan terutama apabila kita mengambil pelbagai juadah rumah terbuka hari raya.

Lecithin / Omega – membantu untuk proses pembakaran lemak

  • Performance Drink – membantu tubuh supaya sentiasa terhidrat ketika cuaca panas. Ia juga dapat beri tenaga kepada tubuh badan kita.

  • Vivix dan ResV – sangat bangus diamalkan kerana kedua-dua vitamin ini mempunyai antioksidan yang sangat tinggi. Jadi, sangat sesuai diamalkan ketika musim wabak dan macam-macam penyakit sekrang ini.

Semoga kita semua terhindar dari pelbagai jenis penyakit dan virus yang melanda negara kita. Disamping amalkan tips tadi, jangan lupa kita berdoa semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah. Sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee, bole segera hubungi saya di link berikut.

Sehingga berjumpa lagi, byee!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by