5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT BAGI WANITA SELEPAS BERSALIN

Spread the love

Hai Assalamualaikum. Salam Ramadan yang ke 23. Pejam celik pejam celik, sekejab je rasa dah tinggal seminggu kita nak habiskan puasa Ramadan. Terasa sedih la pulak kan? Ok kali ni saya nak kongsi kan dengan semua pembaca blog drnajihaham.com tentang 5 tips kurus dengan cepat bagi wanita lepas bersalin.

Mengimbau Kenangan Hamil 7 Kali!

Bila bercakap tentang tips kurus dengan cepat selepas bersalin, terus mengimbau kenangan zaman-zaman kehamilan dulu. Saya pernah hamil 7 kali, 5 kali selamat melahirkan 6 orang cahayamata termasuk sepasang kembar manakala 2 kali kehamilan saya mengalami keguguran.

Selalu nya, sewaktu hamil tu memang badan si ibu akan makin naik dan naik. Dan kebiasaannya, masa tu kita ibu-ibu ni tak de dah nak diet-diet, betul tak? Bila mengingatkan bayi dalam kandungan yang memerlukan nutrisi daripada ibu, biasa para ibu takkan hiraukan lagi tentang kenaikan berat badan dan kelebaran tubuh badan sendiri.

Saya Ketika Sarat Hamil Anak Ke-6

Haa.. Bila dah lepas bersalin tu, baru la kalut mencari tips dan cara nak kuruskan badan dengan cepat terutama ya apabila tempoh berpantang hampir berakhir. Maklumlah, bagi ibu yang berkerjaya terutama ya, akan mula masuk kerja dan sudah pasti masa tu nak kurus balik macam waktu sebelum bersalin, kan?

Tapi kadang-kadang, sesetengah cara diet tu tak sesuai di amalkan oleh ibu lepas bersalin, tambah-tambah lagi untuk wanita yang menyusukan anak-anaknya. Bahan kadangkala, penggunaan produk-produk kurus tertentu yang tidak sesuai untuk ibu menyusu.

Anda nak tahu tips kurus dengan cepat selepas bersalin? Jom saya kongsi kan sekarang!

5 Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Cara Selamat

Berikut saya kongsi kan 7 Tips Kurus Dengan Cepat dan Selamat Selepas Bersalin, tips no 7 tu memang sangat membantu!

Pertama: Menyusukan bayi

Memberi susu ibu kepada bayi kita selesai sahaja kita bersalin sehingga sekurang-kurangnya usia bayi 2 tahun sangat-sangat membantu si ibu untuk kurus. Dan lagi bonus, jika ibu itu menyusukan bayinya secara sepenuh ya tanpa tambahan susu formula. Jadi, kalau ibu-ibu nak kurus dengan cepat selepas bersalin tanpa culas.

Kedua: Berpantang, Bertungku dan Berbengkung

Amalan berpantang dan bertungku bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi dalam masa yang sama dapat membantu menurunkan berat badan. Apabila berpantang, si ibu akan mengambil makanan-makan dan berkhasiat serta mengurangkan makanan berlemak. Secara tak langsung, dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Tambahan pula amalan bertungku yang sangat bagus untuk ibu selepas bersalin. Pemakaian herba-herba yang mengandungi khasiat membantu mengeluarkan peluh dan toksik berlebihan dalam badan. Ini juga dapat menjadikan tubuh terasa ringan serta dapat mengekalkan tubuh badan yang diingini.

Manakala amalan berbengkung pula dapat membantu pembakaran lemak dan membuang angin juga. Amalan ini dapat membantu para ibu kembali langsing selepas bersalin.

Ketiga: Amalkan diet seimbang dan banyakkan minum air kosong

Pengambilan makanan seimbang sewaktu dalam pantang adalah amat penting buat para ibu selepas bersalin. Para ibu disarankan supaya banyak mengambil sayuran dan buahan serta bijirin dan protein. Disamping itu, para ibu perlu mengurangkan pengambilan garam dan gula. Diet seimbang ini bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi sangat berkesan untuk kesihatan ibu serta penurunan berat badan.

Seterusnya, para ibu digalakkan untuk meminum air kosong yang banyak. Ketika berpantang, bayi akan menyusu susu ibu, hal ini akan menyebabkan si ibu kerap merasa haus, jadi pengambilan air kosong yang mencukupi dapat mengelakkan tubuh dari terhidrasi. Pengambilan air kosong juga merupakan cara mudah untuk mengeluarkan toksik dalam badan, mengurangkan rasa lapar serta mengempiskan perut.

Keempat: Aktif Bergerak Atau Melakukan Senaman Ringan

Walaupun para ibu disarankan untuk banyakkan berehat ketika berpantang, tetapi jangan terus-terus berbaring tanpa berlaku pergerakan. Tiada salahnya ibu-ibu melakukan pergerakan ringkas atau senaman ringan dalam usaha untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.

Tapi AWAS!! Jangan lakukan senaman berat kerana ia boleh memudaratkan si ibu kelak.

Kelima: Pengambilan Suplimen Shaklee Untuk Ibu Berpantang

Shaklee mempunyai rangkaian produk vitamin yang sangat disarankan untuk para ibu selepas bersalin atau ketika berpantang. Set Berpantang Shaklee yang lengkap terdiri daripada beberapa produk iaitu ESP, Omega Guard, Vitamin C, Alfalfa, Ostenutrix, BComplex dan Vitalea (multivitamin). Dan tambahan untuk mereka yang bersalin secara pembedahan, boleh mengambil Vivix sebagai tambahan.

Set Berpantang Shaklee

Kesemua vitamin ini mempunyai khasiat yang sangat baik untuk ibu dan juga bayi yang dilahirkan. Ia sangat lengkap untuk kesihatan ibu iaitu:

ESP – adalah sumber protein terbaik untuk ibu, ia membantu meningkatkan tenaga para ibu, memberikan rasa kenyang lebih lama, mengelakkan masalah gastrik serta membantu pengeluaran susu ibu.

Omega Guard – membantu perkembangan otak bayi melalui penyusuan serta pembakaran lemak dalam badan ibu.

Vitamin C – Membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran, mengurangkan kekerapan jatuh sakit seperti demam, sakit kepala dan seumpamanya.

Alfalfa – untuk detox, sembelit dan membantu meriahkan susu ibu.

Ostenutrix – mengatasi masalah sembelit, kurangkan sakit-sakit badan selepas bersalin

BComplex – bagus untuk mengatasi masalah stress atau meroyan.

Vitalea – multivitamin yang amat baik untuk meningkat kesihatan para ibu selepas melahirkan.

Vivix – sangat sangat membantu menyembuhkan luka pembedahan serta memberi tenaga dan mempercepatkan luka menjadi kering.

Vivix

Set Berpantang Shaklee, Khasiat 4 dalam 1 Siap Pakej Kurus!

Kalau dilihat manfaat setiap Vitamin Shaklee dalam Set Berpantang Shaklee, ia bukan sahaja memberi khasiat untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, tetapi juga membantu pengeluaran susu ibu dan dalam masa yang sama membantu para ibu untuk kurus dengan cepat selepas melahirkan. Disamping itu, bayi juga turut mendapat manfaat daripada kesemua vitamin tersebut.

Baca juga: Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Testimoni Pengguna

 

 

 

Banyak lagi testimoni pengguna yang dah kurus dengan cepat selepas consume produk Shaklee selepas bersalin. Jika nada berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk ini, boleh hubungi saya dilink berikut.

Sehingga berjumpa lagi, bye!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by