Assalamualaikum dan hai semua.
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis di ruangan ini. Hari ni bertarikh 9 Mei 2023 bersamaan 18 Syawal 1444H bermakna sudah lebih dua minggu umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan bagi kita di Malaysia, kemeriahan sambutan hari raya masih terasa dengan pelbagai pihak menganjurkan acara rumah terbuka aidilfitri atau open house. Entri kali ini, saya nak sentuh berkenaan tips penganjuran open house hari raya bagi mengelak pembaziran.
Majlis Rumah Terbuka Erat Silaturrahim dan Perpaduan Rakyat Malaysia
Dalam masyarakat Melayu, sudah menjadi adat dan kebiasaan kita amat suka melayan dan meraikan tetamu terutamanya pada musim perayaan. Dalam ajaran agama Islam sendiri, kita amat dituntut untuk meraikan dan memuliakan tetamu kerana kedatangan tetamu membawa rezeki dan rahmat ke dalam rumah kita. Islam juga menuntut umatnya supaya mengeratkan silaturrahim atau hubungan persaudaraan kerana ia amat ditekankan oleh Rasulullah saw.
Rasululullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan dihindarkan daripada kematian yang buruk maka hendaknya dia bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahim (tali persaudaraan).” – [HR Ahmad 1150]
Oleh yang demikian, majlis-majlis seperti open house sempena hari raya sangat dianjurkan oleh Islam kerana ia dapat mengeratkan hubungan dan ukhuwwah sesama uamt Islam dan masyarakat setempat.
Selain itu, sebagaimana yang semua sedia maklum, negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yakni berbilang bangsa. Dengan penganjuran majlis open house sempena hari raya dan menjemput rakan-rakan daripada kaum dan etnik yang pelbagai, akan dapat mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Situasi ini pasti akan dapat membantu usaha kerajaan untuk memantapkan lagi perpaduan dan kesepaduan sosial di Malaysia.
5 Tips Penganjuran Open House Sempena Hari Raya Supaya Tidak Berlaku Pembaziran.
Isu berkaitan pembaziran ini sering sangat berlaku apabila kita menganjurkan rumah terbuka atau jamuan hari raya. Seperti yang kita tahu dan sedia maklum, agama Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran. Oleh yang demikian, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan pembaziran berlaku apabila kita menganjurkan majlis rumah terbuka.
- Perancangan Bajet: Tetapkan bajet yang munasabah sebelum memulakan persiapan. Ambil kira kos makanan, minuman, hiasan, dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan. Sentiasa berusaha untuk memastikan bajet anda tidak melebihi kemampuan kewangan.
- Senarai Tetamu: Buat senarai tetamu untuk mengukuhkan jumlah orang yang dijangka hadir. Ini akan membantu anda mengira jumlah makanan dan minuman yang diperlukan. Jika ada orang yang ingin membawa tetamu tambahan, minta mereka beritahu anda terlebih dahulu untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, undangan untuk ke Majlis Rumah Terbuka anda boleh dibuat secara digital dan perlu membuat RSVP. Ini sudah tentu akan mengurangkan kos ‘printing’ dan memudahkan anda mengetahui jumlah tetamu yang akan hadir/
- Makanan dan Minuman: Cuba untuk menyediakan hidangan yang berkualiti tetapi sederhana. Jangan beli terlalu banyak makanan atau hidangan mewah yang mungkin berakhir terbuang. Selain menyediakan menu utama, anda boleh sediakan menu sampingan supaya tetamu tidak hanya tertumpu kepada menu utama sahaja dan ia sangat membantu jika tetamu yang hadir mempunyai beberapa jemputan yang lain, jadi mereka boleh mengambil makanan sampingan sahaja bagi mengisi perut yang dah penuh.
- Hiasan Rumah: Buat hiasan rumah yang ringkas tetapi menarik. Anda boleh menggunakan hiasan sederhana seperti bunga, lampu lampion, atau kain khas Hari Raya. Pastikan hiasan yang dipilih sesuai dengan tema dan ruang yang ada agar tidak membeli secara berlebihan.
- Mengurangkan Pembaziran: Jika ada makanan yang berlebihan selepas open house, pertimbangkan untuk menyimpan atau menghulurkan kepada jiran-jiran, keluarga, atau masyarakat yang memerlukan. Anda juga boleh menyediakan bekas untuk tetamu membawa pulang makanan jika mereka mahu.
Hari Raya adalah masanya untuk kita menjalinkan uhuwwah dan silaturrahim terutamanya melalui amalan atau budaya rumah terbuka yang telah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Islam amat menekankan tentang silaturrahim dan ukhuwwah dalam kehidupan seharian umatnya, namun, jangan sampai penganjuran Rumah Terbuka ini boleh membawa kepada pembaziran yang tidak disukai dalam Islam.
Semoga dalam suasana hari raya yang berbaki hampir 2 minggu lagi kita berada dalam bulan Syawal, mudah-mudahan kita dapat mengeratkan tali persaudaraan dengan meraikan tetamu yang datang beraya ke rumah kita dengan serba sederhana.
Oh ya, dalam situasi cuaca panas sekarang ni, jika anda nak anjuran open house hari raya, elok sangat kalau anda hidangkan air Performance Drink Shaklee untuk tetamu. Air ni sangat membantu mengurangkan dahaga, mengelakkan badan dari dehydrate tau.
Jika berminat untuk rabu lanjut tentang minuman Performance Drink atau lain-lain produk Shaklee, boleh hubungi saya segera di link wassap berikut.