9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!

Spread the love

Alhamdulillah, masuk tahun ini dah hampir 11 tahun saya aktif menjalankan bisnes Shaklee secara part-time. Dan hakikatnya, saya dah amal pengambilan vitamin Shaklee 2 tahun sebelum saya menyertai Shaklee pada tahun 2012. Kali ni saya nak kongsikan 9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee ni sangat best.      

Asalnya, saya menyertai Shaklee hanyalah untuk mendapatkan harga ahli setiap kali membuat pembelian. Sebab sebelum tu, saya makan produk Shaklee dan membeli dengan harga retail. Beza harga ahli dengan bukan ahli besar juga tau, less antara 15-25%, mestilah best kalau jadi ahli!

Untuk pengetahuan semua, nak join Shaklee tak semestinya kita perlu berbisnes, jadi ahli hanya untuk makan sendiri pun boleh. Haa.. Macam tu lah niat awal saya masa mula-mula join Shaklee.

Bila dah join Shaklee, saya dimasukkan dalam group ahli Shaklee di bawah group  TDB under Senior Co Siti Noriza. Sejak dari itu, saya membaca semua perbincangan dalam group tersebut. Saya mula tahu serba sedikit info tentang bisnes, produk Shaklee dan susur galur team Shaklee saya. Dari group ini juga saya telah jatuh cinta dan mula berminat untuk aktif menjalankan bisnes Shaklee ini. Wah! Amazing kan!?!

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Ini Sangat Best Hingga Buatkan Saya Terus Kekal Hingga Kini.

Setelah hampir 11 tahun terlibat dalam Shaklee, banyak sangat benda best tentang group / team / komuniti bisnes Shaklee kami. Tapi kali ni saya nak kongsikan 9 daripadanya sahaja dengan anda semua.

Pertama: Dapat Berkenalan dan Menjalin Ukhuwwah serta Silaturrahim Dengan Ramai Orang dari Seluruh Pelusuk Negara.

Saya join ahli Shaklee ketika saya sedang berkhidmat di Bintulu, Sarawak. Pada masa itu, saya mendaftar keahlian dengan upline saya sekarang iaitu Master Maisarah Md Saupi yang saya hanya kenal melalui facebook pada ketika itu. Upline saya berada di Kuala Lumpur dan saya di Sarawak. Bila dah join, saya dapat tahu ada upline saya yang tinggal di Selangor, Johor, Sarawak dan pelbagai negeri dalam Malaysia.

Ahli team dari seluruh pelusuk Malaysia

Alhamdulillah bila group saya sendiri makin berkembang dari sehari ke sehari, sehingga kini ahli team saya sendiri dah mencecah hampir 2000 orang. Dan saya ada ahli team di hampir semua negeri dalam Malaysia. Itu belum kira lagi sideline dalam bisnes Shaklee ni. Berani saya katakan, kalau saya nak pergi ke setiap negeri dalam Malaysia, akan ada ahli keluarga dan komuniti bisnes Shaklee di negeri yang saya lawati itu. Bestkan bila ada orang yang kita kenal di setiap negeri yang kita pergi atau singgah!

Kedua: Ukhuwwah dalam team dan komuniti bisnes Shaklee seperti sebuah keluarga besar!

Dalam team kami, panggilan antara ahli team, upline, downline dan sideline dah macam panggilan dalam keluarga. Oleh sebab itu juga yang menjadikan hubungan kami sangat rapat seperti sebuah keluarga. Bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan pun akan terasa.

Ukhuwah kami sangat rapat

Dalam team bisnes kami, hubungan yang wujud bukan hanya sebab bisnes semata-mata. Kami boleh berkongsi pelbagai perkara sehingga boleh meluah pelbagai rasa sesama kami. Jadi, bila nak berbisnes, kurang rasa stress sebab wujudnya hubungan erat sebegini.

Ketiga: Wujud Circle Yang Positif Dalam Kalangan Ahli Team

Dalam menjalankan aktiviti bisnes, kita perlukan satu circle atau suasana yang positif yang berada di sekeliling kita. Circle yang saling memberi semangat antara satu sama lain, bukan circle yang sentiasa nak menjatuhkan kawan.

Pada saya sendiri, sepanjang 11 tahun menjalankan bisnes Shaklee ni, sudah pasti wujud fasa jatuh dan bangun. Ketika melalui fasa-fasa sebeginilah kita perlukan kawan-kawan yang positif, yang sentiasa memberi semangat untuk kita terus kekal, bertahan dan terus maju.

Team bisnes kami sangat-sangat membantu saya ketika berada dalam fasa ‘down’. Jika tidak kerana mereka, saya pasti akan hanyut dan terus tenggelam di bawa arus dan taufan yang mendatang. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, saya masih kekal bersama bisnes Shaklee sehingga kini.

Keempat: Team dan Komuniti Bisnes Shaklee ini sentiasa aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk ahli.

Dalam team kami, pelbagai aktiviti dijalankan bagi membantu ahli semua mahir tentang bisnes dan juga produk. Nak jalankan bisnes ni, perlu belajar macam-macam perkara terutamanya bagi mereka yang tidak pernah terlibat langsung dengan bisnes. Ahli team tak perlu bersusah payah untuk mencari mentor atau belajar dari sifu bisnes lain sebab semuanya telah tersedia dalam group kami.

Kelas bersama team Euphoria tahun 2016

Ada program yang dijalankan secara bersemuka dan ada juga yang dijalankan secara atas talian. Seminar, bengkel, ceramah dan macam-macam lagi semua ada. Banyak kelas yang dijalankan secara percuma dan ada juga yang perlu bayar dengan harga yang sangat minimal, jauh bezanya dengan kelas-kelas berbayar diluar sana. Haa, best ke best? Mestilah best kan?!

Kelima: Banyak ilmu baru dalam pelbagai bidang yang saya belajar dari komuniti bisnes Shaklee.

Walau saya berkerjaya tetap sebagai seorang pensyarah, tapi banyak sangat perkara yang saya tidak tahu. Alhamdulillah saya berasa sangat-sangat bersyukur berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini sebab saya telah dan dapat belajar pelbagai ilmu baru dalam bermacam-macam perkara dan bidang. Apa yang menggembirakan saya ialah ahli team dan komuniti kami sangat pemurah berkongsi ilmu dan tidak kedekut.

Projek Mega Blog 2.0

Antara ilmu yang telah saya pelajari sepanjang berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini adalah ilmu tentang marketing, ilmu membuat poster, mengambil gambar seperti pro, mengedit video, ilmu youtube, ilmu tiktok, ilmu blogging, instagram dan bermacam lagi lah. Dan lagi menggembirakan saya, apabila kebanyakan ilmu yang saya dapat ni, boleh saya gunakan dalam bisnes dan juga dalam sesi pembelajaran dan pengajaran saya kepada pelajar-pelajar saya.

Keenam: Penganjuran Program Team Building.

Team saya adalah antara team bisnes Shaklee yang sering menganjurkan team building. Walaupun kami semua boleh dikatakan sebagai pesaing sesama sendiri dari segi nak menjual produk dan membesarkan team masing-masing, tetapi upline kami tiada masalah untuk menganjurkan program team building.  Saya sendiri pernah menyertai program team building anjuran group super upline saya iaitu group Supermom di bawah kendalian Master Hadhatina dan Master Mohd. Kamarul Bahrain.

Program Team Building Group Supermom

Bukan mudah nak menganjurkan program team building ni tau. Banyak modal, keringat, idea dan tenaga yang diperlukan. Tapi bila berada dalam team kami, saya dapat sertai program sebegini dan lagi best bila dapat bawa anak-anak dan suami bersama-sama. Program sebeginilah yang dapat mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwwah sesama kami.

Ketujuh: Setiap pencapaian dalam bisnes pasti akan diraikan.

Setiap dari kita, pasti akan merasa sangat seronok, bangga dan bersemangat apabila setiap pencapaian yang kita capai mendapat penghargaan dan diraikan oleh upline atau orang terdekat dengan kita. Ya, inilah yang saya rasa apabila berada dalam team bisnes Shaklee saya. Upline saya sangat meraikan setiap kejayaan yang dicapai oleh ahli team kami.

Penghargaan dalam Event Anjuran Group OSF

Bukan itu sahaja, upline sanggup anjurkan event untuk meraikan ahli team kami. Setiap ahli yang mencapai target diberi penghargaan dalam majlis yang diadakan. Antara team Shaklee saya yang sangat kerap menganjurkan program sebegini adalah team OMS under Master Maisarah dan team OSF under Master Azrin Mohd. Selain mendapat hadiah penghargaan, ahli juga dapat menjamu selera dengan juadah yang menyelerakan disamping dapat beramah mesra dab menjalin ukhuwwah bersama ahli team yang lain.

Kelapan: Pelbagai Hadiah Dari Upline, Sideline dan Downline.

Haa, ini satu lagi perkara yang menjadikan team kami sangat best iaitu kerap terima pelbagai hadiah daripada upline, downline dan sideline! Bukan sahaja hadiah diterima setiap kali naik rank, tapi saya juga menerima hadiah dari upline setiap kali mereka menyertai trip percuma Shaklee ke dalam dan luar negara. Wowww sangat kan?!

Antara Hadiah daripada Upline

Selain itu, setiap kali event, pasti akan bawa balik macam-macam hadiah dari Shaklee dan juga dari ahli team sendiri. Bukan itu saja, upline saya juga kerap menganjurkan cabutan bertuah dan juga cabaran-cabaran lain dalam group yang mana semuanya menawarkan hadiah yang best dan lumayan! Haa..apa lagi yang korang semua nak? Memang best sangat-sangat nih!!!

Kesembilan: Penganjuran Aktiviti Kerohanian dan Kebajikan Ahli.

Selalunya, orang akan cakap group bisnes ni akan buat aktiviti yang menguntung bisnes mereka je kan. Banyak anjurkan program yang melalaikan. Tapi tidak sama sekali bagi team kami. Upline dan para leader sering memberi peringatan tentang amalan-amalan kerohanian yang perlu kami amalkan setiap hari. Selain talk dan sharing yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian seperti Quran Night oleh team ireach.

Bagi group OMS pula, kami kerap juga menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat yang melibatkan semua ahli group. Selain itu, team kami turut membuka tabung Sedekah Subuh dan memberi bantuan kepada ahli dan bukan ahli yang ditimpa musibah serta mereka yang berada dalam kesusahan. Aktiviti-aktiviti kerohanian sebeginilah yang mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kami dan menjadikan saya sendiri terus ingin kekal berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini.

Saya rasa semua yang saya kongsikan di sini pasti membuatkan anda semua teruja nak sertai group kami kan? Jika anda semua nak tahu macam-macam lagi tentang group kami, jalan lupa ikuti entri-entri saya yang seterusnya nanti. Sehingga bertemu di lain entri, bye!

Anda juga boleh baca di sini tentang:

Projek Blog Mega Shaklee 1.0: Pengalaman Pertama Kali Sertai Projek Blog Anjuran Group Sahklee Euphoria.

Turun Berat Badan dan Tampil Bergaya Dengan Set Kurus Shaklee.

5 Kebaikan Diet Intermittent Fasting (IF) Yang Perlu Anda Ketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
Jom Sertai Kami
Powered by