AWAS! 5 KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG PATUT ANDA AMBIL TAHU

Spread the love

Intermittent Fasting (IF) merupakan salah satu kaedah diet yang menjadi semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai juga yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet Intermittent Fasting ini sebagaimana yang saya pernah kongsikan dalam artikel tentang diet IF sebelum ini. Namun, setiap perkara yang kita lakukan, jika hanya diikuti membuta tuli tanpa ilmu, maka ia akan membawa pelbagai keburukan. Jadi kali ini saya nak kongsikan 5 keburukan Intermittent Fasting Yang Patut Anda Ambil Tahu.

5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Patut Anda Ambil Tahu!

Pertama: Rasa Lapar Yang Keterlaluan

Ramai orang yang melakukan puasa separuh atau intermittent fasting, terutamanya mereka yang baharu mencuba kaedah ini, akan merasa lapar yang amat sangat atau lapar yang keterlaluan. Walaupun mereka hanya melakukan kaedah intermittent fasting dalam tempoh masa yang singkat sahaja contohnya 8 atau 12 jam tanpa makan dan hanya boleh minum air kosong.

Rasa lapar yang keterlaluan ini boleh terjadi sekiranya makanan terakhir yang diambil sebelum memulakan diet IF adalah makanan yang tinggi kandungan gula dan bila memulakan puasa, individu tersebut akan mengalami ‘sugar withdrawal’. Maka, keadaan inilah yang akan menyebabkannya terlampau lapar dan mudah letih.

Kedua: Kekurangan Tenaga dan Keletihan Melampau

Orang yang melakukan intermittent fasting sebahagiannya akan merasa kurang bertenaga dan keletihan melampau sepanjang mereka berpuasa. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya pengambilan makanan yang berzat ketika senggang masa mereka berbuka atau dibenarkan mengambil makanan.

Ada dari kalangan pengamal intermittent fasting terutamanya mereka yang baru bermula, akan berasa teruja atau tersangat lapar ketika masa berbuka, menyebabkan mereka lebih suka atau gemar mengambil makanan segera yang mudah dan cepat bagi mengalas perut mereka. Situasi sebeginilah yang akan menyebabkan mereka kekurangan zat makanan yang boleh menjadikan mereka merasa kurang bertenaga dan keletihan yang melampau.

Ketiga: Sakit Kepala Yang Teruk dan Sesak Nafas

Keburukan ketiga ini kerap juga berlaku kepada mereka yang melakukan diet intermittent fasting. Ia boleh berlaku terutamanya pada fasa awal mereka melakukan IF. Apabila seseorang itu berpuasa IF, paras glukosa dalam badan boleh turun secara mendadak. Gula sangat diperlukan oleh otak sebagai sumber tenaga untuk berfungsi seperti biasa.

Apabila seseorang pengamal diet intermittent fasting terutamanya mereka yang baharu memulakannya, tidak makan berjam-jam lamanya, dan kadangkala turut terlupa untuk minum tubuh akan kekurangan glukosa dan tidak boleh mengepam darah ke otak. Hal inilah yang boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk dan boleh juga menyebabkan sesak nafas berlaku.

Keempat: Berlaku Perubahan Emosi (Moody)

Orang yang melakukan diet intermittent fasting juga sering berhadapan dengan masalah emosi yang tidak stabil disebabkan perubahan emosi yang berlaku. Disebabkan mungkin ada yang tidak makan terlalu lama, akan menyebabkan seseorang itu mudah nak merasa marah, geram dan bercampur baur dengan keletihan bahkan kadangkala sampai rasa nak menangis.

Perubahan emosi sebegini sememangnya boleh berlaku kepada pengamal diet intermittent fasting sekiranya ia tidak dapat diaturkan dengan baik.

Kelima: Badan Akan Mudah Dehidrasi

Seterusnya, mereka yang berdiet puasa separuh ini akan mudah dehidrasi. Ini adalah kerana, apabila mereka berpuasa daripada memakan sebarang jenis makanan, mereka kadangkala terlupa juga untuk minum.

Hal ini boleh menyebabkan badan kehilangan dan kekurangan air yang banyak. Perkara ini boleh menimbulkan pelbagai permasalahan lain kerana masalah kekurangan air ini.

Demikianlah 5 keburukan intermittent fasting yang perlu kita awasi dan ambil tahu sebelum memulakan diet ini.

BAGAIMANA TUBUH BOLEH MENCAPAI AUTOPHAGY KETIKA INTERMITTENT FASTING?

Ramai yang tidak tahu bahawa tubuh badan kita boleh mencapai tahap Autophagy apabila kita berpuasa atau ketika mengamalkan diet intermittent fasting. Apa itu Autophagy? Ha.. jom saya kongsikan dengan anda semua..

APA ITU AUTOPHAGY?

Baru-baru ni, saya berpeluang untuk join seminar Shaklee Business Solution secara online. Salah seorang pembentang ialah Dr Redza Rahman seorang saintis dalam bidang Sciences of Nutraceutical. Beliau ada menyentuh tentang Intermittent Fasting dan perbincangan lanjut berkenaan autophagy dan apa kaitannya dengan diet intermittent fasting atau puasa kita.

Apa maksud Autophagy ni? Mungkin juga ada yang pertama kali mendengar perkataan ni, termasuklah saya sendiri. Kalau tak join kelas Dr Redza, memang tak pernah tahu pasal ni. Secara mudahnya, berdasarkan kepada penerangan Dr Redza, penerangannya adalah seperti berikut:

Autophagy adalah proses semulajadi tubuh yang berlaku semasa kita berpuasa. Ketika tubuh mencapai autophagy, tubuh kita mula buang toksin dan mula membina sel baru pada organ-organ seperti otak, jantung, hati, buah pinggang dan sebagainya. Dalam bahasa mudah, autophagy seperti proses kitar semula sel. Sel yang lama jadi baru, yang rosak diperbaiki. Autophagy ini dikaitkan dengan keupayaan tubuh untuk pulih selepas terkena penyakit-penyakit termasuklah penyakit kritikal seperti kanser dan sakit jantung.

Ketika berpuasa atau berdiet IF, tubuh kita akan mula memasuki fasa Autophagy apabila memasuki jam ke-18 dan akan mencapai kemuncak Autophagy apabila mencecah 72 jam. Ini bermakna, orang yang betul-betul mengamalkan IF selama 72 jam sahaja yang betul-betul boleh mengalami proses Autophagy dalam tubuh badan. Adakah kita mampu mengamalkan IF selama 72 jam atau berpuasa selama 3 hari? Tepuk dada tanyalah iman.

Adakah mereka yang buat IF kurang 72 jam atau berpuasa Ramadan tidak akan mendapat manfaat autophagy?

Timbul persoalan adakah mereka yang mengamalkan IF kurang dari 72 jam atau mereka yang berpuasa Ramadan tidak boleh mencapai proses autophagy sepenuhnya? Jangan bimbang, menurut Dr Redza, ia boleh dicapai dengan pengambilan Supplement Terbaik yang sesuai terutamanya yang ada dalam senarai produk Shaklee. Dalam masa yang sama, boleh amalkan gaya hidup sihat. Tapi AWAS! Jangan mengambil supplement sebarangan yang boleh merosakkan tubuh.

Apakah produk Shaklee yang ada manfaat autophagy?

Dr. Redza sangat menyarankan pengambilan vitamin Shaklee iaitu Vivix dan CoQ- Trol Plus yang boleh kita dapat manfaat autophagy. Resveratrol yang ada dalam kedua-dua vitamin ini adalah sumber natural yang mengaktifkan autophagy selain sumber Astaxantin, Berberine, Citrus Bergamot & Tumeric.

Kandungan resveratrol yang terkandung Vivix dan CoQ- Trol Plus ini menjadikan proses autophagy ini semakin aktif sepanjang berpuasa di bulan Ramadan atau semasa membuat intermittent fasting & tanpa perlu berpuasa atau buat intermittent fasting sehingga 72 jam. Kedua-dua vitamin ini, disaran pengambilannya pada waktu sahur atau sebelum azan subuh.

Menurut pandangan Dr. Redza, beliau sangat menggalakkan kita semua mengamalkan cara berpuasa mengikut Rasulullah SAW sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. Disamping mengambil supplement terbaik Shaklee yang diiktiraf selamat, berkesan dan halal, serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini, sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau berkaitan bisnes Shaklee, boleh hubungi saya segera di link wassap berikut. Jumpa lagi, bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by