DOA-DOA YANG BAGUS DIAMALKAN OLEH SEORANG WANITA YANG BERGELAR IBU

Spread the love

Pembentukan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah yakni keluarga mithali atau keluarga bahagia bukan berlaku dalam masa yang singkat atau sekejab sahaja. Dalam Islam, ia bermula sejak sebelum seseorang itu mendidikan rumahtangga lagi sehinggalah terbinanya sebuah keluarga yang dikelilingi anak, cucu dan cicit.

Selain daripada panduan-panduan berdasarkan ilmu kekeluargaan masa kini dan juga pengalaman orang-orang tua, Islam turut menggariskan panduang lengkap dalam aspek kekeluargaan. Ianya terkandung dalam disiplin ilmu yang dikenali sebagai Fiqh Munakahat atau Fiqh Kekeluargaan Islam.

 Doa dan Amalan Baik Untuk Membentuk Sebuah Keluarga Yang Bahagia

Islam telah telah menggariskan pelbagai panduan kepada umatnya untuk mendirikan rumahtangga. Bahkan al-Quran dan al-Hadis telah dijadikan panduan sejak wahyu pertama diturunkan oleh Allah sehinggalah masa kini. Contohnya, ayat-ayat al-Quran sendiri telah dijadikan doa dan amalan agar kehidupan berkeluarga kita lebih berkat dan bahagia.

Justeru, dalam entri ini saya ingin kongsikan beberapa doa yang bagus untuk wanita dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Doa-doa ini diambil daripada ayat-ayat al-Quran dan boleh diamalkan atau dibaca pada bila-bila masa terutamanya selepas solat.

Doa Mohon Zuriat:

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًۭا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

(Surah al-Anbiyak: 89)

Doa agar mendapat anak yang berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَـٰلِحًۭا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

(Surah al-Ahqaf:15)

Doa mendapatkan pasangan dan anak-anak yang bertaqwa:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍۢ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya:

” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami ikutan bago orang-orang yang bertaqwa”.

(Surah al-Furqan: 74)

Doa mendapat anak yang soleh:

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh”. (Surah As-Saffat: 100)

Doa agar anak patuh kepada Allah:

رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةًۭ مُّسْلِمَةًۭ لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani”.

(Surah al-Baqarah: 128)

Doa agar anak tetap mengerjakan solat:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, jadikanlah aku dan orang-orang mukmin dari keturunanku tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doa kami”.

( Surah Ibrahim: 40)

Doa Nabi Yunus:

لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَـٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau Ya Allah, Maha Suci Engkau daripada melakukan aniaya, tolonglah hambaMu ini). Sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

(Surah al-Anbiyak: 87)

Demikianlah beberapa himpunan doa yang bagus untuk wanita dan disarankan para isteri dan ibu untuk mengamalkannya. Kesemua doa di atas, diambil daripada al-Quran. Semoga bermanfaat untuk semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by