Pencuci Shaklee Elak Elergi Pada Kulit

Spread the love

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 14 : NAJIHAH ABDUL MUTALIB
.

[SAYA TIDAK PERLU MENYENTAL PAKAIAN ANAK-ANAK DAN ELERGI PADA KULIT JUGA TIADA LAGI]
.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya Puan Najihah bt. Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang anak yang cergas dan aktif sepanjang masa. Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua satu lagi #shakleeeffects yang saya rasai sendiri setelah menggunakan produk Shaklee ini.
.

Sebagai ibu bekerjaya dan mempunyai anak-anak kecil seramai 6 orang serta tidak mempunyai pembantu rumah pula, kerja membasuh pakaian anak-anak merupakan salah satu rutin harian yang kekadang amat memenatkan. Mana taknya, kanak-kanak pada usia seperti anak-anak saya dari 2 hingga 13 tahun amat aktif dan pakaian mereka selalu sangat kotor terkena pelbagai kotoran terutamanya selepas mereka bermain di luar mahupun di dalam rumah.
.

Bukan itu sahaja, pakaian sekolah lagi lah penuh kotoran dan daki terutamanya pada bahagian kolar, lengan dan poket baju. Tambahan pula kotoran pada baju anak-anak lelaki dan termasuk juga kasut sekolah mereka. Baru sehari pakai dah hitam dan kotor sangat.
.

Bila berhadapan dengan situasi sebegini, terutamanya bila si ibu dah terasa letih sangat selepas seharian bekerja, kadang-kadang kita sebagai ibu boleh jadi stres tengok kotornya pakaian anak-anak ni. Bukannya stres apa sangat, tapi sebab nak kena sental kotoran dan daki tu yang buat semangat dan kerajinan ibu menurun. Hihihi..
.

Kalau dulu, walau dah rendam dengan serbuk pencuci pakaian, saya kena menyental lagi pakaian anak-anak ni untuk tanggalkan kotoran degil pada baju mereka. Lenguh jugak la nak sental tu kan.
.

Tapi alhamdulillah, sejak menggunakan Serbuk Pencuci Pakaian Get Clean Shaklee, kerja-kerja membasuh pakaian anak-anak jadi mudah. Saya hanya perlu merendam pakaian anak-anak yang kotor itu semalaman, esoknya kotoran dah hilang dan saya tak perlu sental lagi. Jika kotoran pada pakaian anak-anak terlampau degil pun, saya hanya perlu memberus sedikit sahaja tanpa perlu sental kuat-kuat.
.

Sama juga dengan kasut sekolah anak-anak. Rendam sahaja semalaman, esoknya hanya perlu berus sedikit sahaja. Biasanya untuk merendam pakaian atau kasut sekolah anak-anak, saya menggunakan hanya 1/2 – 1 sudu sahaja serbuk pencuci Shaklee ni. Memang amat menjimatkan.
.

Selain kegunaan untuk cucian tangan, saya juga gunakan Serbuk Pencuci Shaklee Get Clean ini untuk cucian mesin. Untuk pakaian yang lebih lembut dan harum, saya turut menggunakan Pelembut Pakaian Shaklee Get Clean.
.

Selain dapat menanggalkan kotoran dengan berkesan, serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee Get Clean juga selamat digunakan untuk pakaian bayi dan kanak-kanak. Ia juga amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit atau elergik kepada serbuk pencuci.
.

Dulu, jika saya guna serbuk pencuci biasa kulit tangan saya pasti menggelupas dan ada masanya akan naik gelembung air (air bisa) pada tapak tangan serta jadi gatal-gatal. Tapi kini masalah pada kulit dan tapak tangan saya tiada lagi.
.

Ternyata, serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee Get Clean amat memudahkan dan melancarkan urusan kerja-kerja rumah saya. Sejak saya mula menggunakan produk Shaklee Get Clean lebih 3 tahun yang lalu, saya tidak lagi beralih arah kepada produk pencuci yang lain kerana saya amat puas hati dengan keberkesanan dan keselamatan produk keluaran Shaklee ini.
.

Jadi kepada anda di luar sana terutamanya para ibu yang masih tercari-cari produk pencuci pakaian yang selamat dan berkesan, bolehlah mencuba rangkaian produk Shaklee Get Clean. Saya dah lama rasai kebaikan Shaklee, anda bila lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge