
Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Alhamdulillah, entri kali ini saya ingin kongsikan dengan para pembaca semua tentang pengalaman saya dapat join percutian Shaklee secara percuma ke pelbagai negara termasuk dalam negara. Seperti yang telah saya kongsikan banyak kali dalam entri-entri sebelum ini, saya telah menyertai Shaklee sejak tahun 2012 dan tahun ini pada bulan 9, genap 11 tahun saya menjadi ahli dan pengedar Shaklee.
Selama 11 tahun bersama Shaklee, alhamdulillah saya telah berjaya melayakkan diri menyertai percutian mewah percuma tajaan Shaklee sebanyak 8 kali. Saya betul-betul tak sangka bahawa saya akan dapat travel ke banyak negara hanya dengan join Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee secara part time.
Pertama Kali Layak Sertai Trip Percutian Shaklee, Terus Dapat Ke US!
Tahun 2014, pertama kali saya layak dapat insentif trip Shaklee hasil usaha keras saya menjalankan bisnes dan mendaftar ramai ahli baru join Shaklee dengan group saya iaitu An-Najah Group. Walaupun pada awalnya, saya join Shaklee hanyalah untuk membeli produk dengan harga murah tapi setelah beberapa lama baru saya sedar bahawa banyak insentif yang syarikat berikan kepada para pengedarnya, yang terdiri daripada 3C – cash, car, convention trip. Untuk bacaan lanjut tentang 3C dalam Shaklee, anda boleh baca entri DI SINI.
Pada akhir cycle Shaklee tahun 2013/2014, saya baru tersedar bahawa saya telah layak mencapai point untuk menyertai percutian mewah Shaklee secara percuma ke Long Beach, California, USA. Bayangkan sebelum itu, saya tak pernah ambil kisah tentang peluang Trip Percutian yang ada dalam Shaklee. Saya hanya buat bisnes, recruit new member, lahirkan leader dalam team.


Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah berimpian untuk melancong ke luar negara kecuali hasrat nak tunai umrah dan haji. Alhamdulillah, aturan Allah sangat cantik buat saya, Allah lorongkan hati saya untuk mendaftar keahlian Shaklee yang akhirnya saya telah berjaya melancong ke beberapa buah negara dengan PERCUMA!
Apa Yang Best Dengan Trip Percutian Shaklee?
Insentif Trip Percutian Shaklee terdiri daripada 2 iaitu Regional dan International. Kalau dulu, sempat beberapa kali, trip regional hanya trip dalam negara sahaja. Sepanjang 8 kali menyertai trip Shaklee, saya telah layak ke US – 2 kali (2014 & 2021 – tukar cash-in-lieu sebab covid, tak dapat travel), Bangkok, Phuket, Libra Cruise (Klang-Langkawi-Phuket-Penang) dan ke Switzerland tahun 2022 yang lalu. Selebihnya adalah trip dalam negara, yang saya ingat adalah percutian dengan penginapan di Palace of the Golden Horses, Sunway Pyramid dan Langkawi.



Kalau nak ceritakan apa yang best tentang trip Shaklee, memang tak cukup satu entri ni tau. Memang semuanya best-best belaka. Bermula dari awal sebelum trip bermula, Shaklee akan briefing kepada semua yang layak tentang tentatif sepanjang trip. Kami semua tak perlu fikir nak pergi tempat mana, nak tidur di hotel mana, nak naik pengangkutan apa, nak makan macamana, nak solat macam mana, makanan halal pula bagaimana, aktiviti-aktiviti di sana, semua Shaklee yang uruskan.

Bukan itu sahaja, Shaklee siap berikan beg bagasi secara percuma, dan ada juga shaklee berikan beg sandang juga selain Tshirt, topi dan lain-lain lagi. Selain itu, Shaklee juga berikan duit poket/duit makan kepada kami jika ada sepanjang tempoh percutian kami dilepaskan untuk jalan-jalan shopping dan makanan tak disediakan pada waktu itu, jadi duit poket yang Shaklee beri boleh digunakan untuk beli makanan.



Tapi, Shaklee bagi duit poket berlebih-lebih pulak untuk beli makanan, jadi boleh la digunakan untuk shopping. Best kan? Selalunya, setiap kali trip Shaklee, bab makanan tak perlu risau. Memang sentiasa kenyang je perut, tak sempat lapar lah. Lagi satu, staf Shaklee memang dah pilih restoran yang halal untuk delegasi Shaklee sebab ramai dari kalangan kami yang beragama Islam.

Shaklee Sewa Tempat Khas Untuk Kami Solat!
Pengalaman join trip Shaklee ke Swiss tahun lepas, sangat-sangat manis buat saya. Nanti saya akan kongsikan dalam entri lain, khas untuk ceritakan pengalaman bercuti ke Swiss dengan Shaklee. Sewaktu di sana, kami telah di bawa naik ke Mount Titlis dan juga Tip of Europe iaitu Jungfrau. Masa kat atas Jungfrau, Shaklee sewakan satu tempat khas untuk dijadikan surau tempat solat kami delegasi muslim.

Memang terasa Shaklee sangat-sangat menjaga kebajikan kami para leader yang beragama Islam. Setiap kali naik bas nak ke mana-mana tempat, tour manager akan masukkan sekali dalam agenda masa untuk kami semua solat, sama ada nak solat jamak taqdim atau takhir. Memang best sangat kan?
Hotel Mewah Bertaraf 5 dan 6 Bintang!
Biasanya, kalau kita nak travel sendiri atau bersama family, pasti kita akan berkira-kira untuk sewa hotel yang mahal sebab nak sesuai dengan bajet yang ada. Tapi, bila dapat join percutian mewah Shaklee ni, bab hotel penginapan memang tip top sangat. Biasanya hotel yang Shaklee sediakan untuk kami adalah hotel bertaraf 5 atau 6 bintang! Pertama kali dalam hidup saya tinggal di hotel mewah di luar negara pula tu.


Sampai sahaja di hotel, kami hanya bawa diri sahaj untuk daftar masuk. Beg bagasi kami akan dibawa oleh staf hotel ke bilik. Lepas selesai daftar, biasanya akan ada sedikit sambutan dan kami diberikan minuman, makanan alas perut dan juga hadiah. Bila sampai je bilik, beg bagasi dan tersedia dalam bilik yang serba mewah.

Selain itu, sepanjang trip Shaklee akan bagi kepada kami semua surprise gift. Balik dari jalan-jalan, masuk bilik ada hadiah. Mau tak best. Dan pengalaman paling best tahun lepas masa trip ke Swiss, kami dihadiahkan seutas jam tangan Swatch Edisi Olympic oleh CEO Shaklee sendiri iaitu Mr Roger Barnett. Masa tu rasa macam nak lompat bintang tau. Kami semua tak tahu Shaklee akan hadiahkan jam mewah tu kepada setiap seorang delegasi! Speechless!

Apa Aktiviti Sewaktu Trip Shaklee?
Kalau anda nak tahu, biasanya trip Shaklee ni aktiviti memang lain dari yang lain. Shaklee akan bawa kami ke tempat yang best-best belaka. Contoh masa trip ke Phuket tahun 2019, mungkin kita terfikir apa lah yang ada di Phuket tu. Tapi bila sampai sana, Shaklee dah aturkan macam-macam program untuk kami. Antara yang paling saya ingat, kami di bawa menaiki ATV, selain dibawa menonton teater yang sangat mengagumkan dan juga persembahan dolphin.


Masa kat Swiss tahun lepas, kami dibawa ke Mount Titlis, Top Of Europe, Jungfrau, Melawat Kilang Coklat, pergi ke restauran cheese founde halal dan macam-macam tempat lagi. Kesemua tempat tu memang sangat cantik pemandangan, maklumlah negara Switzerland kan.




Bagaimana Nak Layak Sertai Trip Percutian Shaklee Secara Percuma Ini?
Pertamanya, mestilah mendaftar sebagai ahli Shaklee dan besarkan team sendiri dengan menaja ramai ahli. Biasanya untuk layak join trip Shaklee secara percuma, anda mestilah mencapai pangkat Coordinator yang membolehkan anda mengumpul point trip. Point trip ini boleh dikumpul sepanjang cycle iaitu selama satu tahun.
InsyaAllah sekiranya anda berminat untuk join Shaklee dan merasai percutian percuma dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya di link berikut. Saya akan terangkan lebih lanjut bagaimana cara untuk melayakkan diri join trip percutian Shaklee ini secara PERCUMA.
Ok, setakat ini dulu coretan saya kali ini. Sehingga berjumpa lagi, bye!