PENGALAMAN PUASA RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE KETIKA FASA PENYUSUAN BAYI

Spread the love

Alhamdulilah, syukur kerana diberi peluang dan ruang masa lagi untuk menulis di sini. InsyaAllah kali ni saya akan kongsikan Pengalaman Puasa Ramadhan dengat Set Puasa Shaklee Ketika Fasa Penyusuan Bayi. Memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, saat saya menulis sekarang ni lebih kurang 12 hari je lagi kita nak melangkah ke bulan penuh keberkatan ini. Sama-sama lah kita berdoa semoga Allah sampaikan kita semua ke bulan Ramadhan dan sempat melaksanakan ibadat puasa dan amalan-amalan lain sepanjang Ramadhan tahun ini.

Rukhsah Berbuka Puasa Bagi Ibu Hamil dan Ibu Menyusu Bayi

Bila tiba je bulan Ramadhan, akan timbul pelbagai isu berkaitan hukam hakam puasa termasuklah isu berkaitan rukhsah atau keringanan untuk berbuka puasa. Rukhsah ini telah digariskan dalam Islam antaranya rukhsah berbuka puasa bagi ibu hamil dan sedang menyusukan bayi. Sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah SWT:

    وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

– Al-Baqarah (184)

Menurut kenyataan Imam al-Syafie ketika membahaskan ayat di atas bahawa wanita yang hamil sekiranya khuatir akan keselamatan janinnya maka dibolehkan untuk berbuka, dan begitu juga bagi wanita yang menyusukan sekiranya memudaratkan susunya dengan mudarat yang jelas (maka dibolehkan berbuka). Selain itu, terdapat hadis Nabi SAW yang memberikan keringanan (rukhsah) yang disyariatkan dalam ibadah puasa.

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ

MaksudnyaSesungguhnya Allah SWT memberi keringanan kepada orang yang musafir dengan separuh solat, wanita hamil dan wanita yang menyusukan anaknya.

– Riwayat al-Tirmizi (715)

Maka, berdasarkan dalil di atas, wanita hamil dan menyusu bayi adalah diberi keringanan oleh Allah SWT untuk berbuka puasa atas sebab risau kepada kesihatan diri sendiri dan juga bayi. Namun begitu, para ibu atau para wanita perlu faham tentang kaedah menggantikan puasa dan pembayaran fidyah berdasarkan dua situasi berbeza.

Berdasarkan Irsyad Fatwa Puasa Ramadhan Siri 183 oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa keadaan wanita hamil atau menyusukan dan kewajipan yang perlu ditunaikan setelah mendapat keringanan (rukhsah) berbuka puasa seperti berikut:

  • Sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak itu bimbang keselamatan atau kesihatan dirinya, maka mereka dibolehkan untuk berbuka dan wajib menggantikan puasa sahaja.
  • Sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak itu bimbang akan diri dan juga anak mereka, maka dibolehkan untuk berbuka puasa dan wajib menggantikan puasa sahaja.
  • Sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak itu bimbang akan anak mereka sahaja, maka dibolehkan untuk berbuka puasa dan wajib menggantikan puasa tersebut dan membayar fidyah bagi setiap hari yang mereka tidak berpuasa.

Pengalaman Berpuasa Ramadhan Ketika Fasa Penyusuan Bayi Dengan Set Puasa Shaklee

Apabila bercakap berkenaan puasa Ramadhan ketika hamil atau menyusukan bayi, saya terus terkenang memori atau pengalaman diri sendiri berpuasa Ramadhan dan juga berpuasa Qadha ketika dalam fasa penyusuan bayi kira-kira 7 tahun yang lalu. Saya mempunyai pengalaman berpuasa ketika fasa penyusuan bayi untuk 2 orang anak yang terakhir yang kini berusia 10 dan 7 tahun. Saya adalah seorang ibu bekerjaya yang mempunyai 6 orang cahaya mata termasuk sepasang kembar. Ketika hamil dua anak yang terakhir, saya baru kenal dengan vitamin Shaklee dan mula consume set kehamilan Shaklee sebelum kehamilan anak yang ke-5 dan saya terus mengamalkan produk Shaklee sehingga kini.

Kebiasaanya, ibu hamil atau ibu menyusu pasti akan merasa letih, penat dan cepat lapar terutamanya ketika musim puasa bulan Ramadhan atau puasa ganti (qadha’). walaupun kita diberi keringanan untuk berbuka puasa, tapi pada saya, tiada salahnya kita berikhtiar untuk terus kekal berpuasa walau saat sedang hamil dan menyusu bayi. Alhamdulillah, pengalaman saya sendiri sepanjang saya melalui fasa penyusuan bayi dulu, saya dapat berpuasa penuh siap pakej aktif bekerja dan melayan anak-anak kecil ketika itu di samping dapat memasak untuk berbuka buat keluarga.

Ikhtiar saya antaranya adalah dengan mengambil Set Puasa Shaklee  dan vitamin-vitamin Shaklee yang lain, yang membantu saya menjadi cergas dan bertenaga dalam masa yang sama dapat mengekalkan kuantiti susu untuk bayi. Set Puasa Shaklee terdiri daripada ESP (Energizing Soy Protein, PD (Performance Drink) dan Cinch Shake (ada 3 perisa: vanilla, choc dan latte).

Kebaikan Set Puasa Shaklee

Ketiga-tiga vitamin yang ada dalam Set Puasa Shaklee ini memang amat banyak kebaikan dan manfaatnya. Antara kebaikan vitamin-vitamin yang ada dalam Set Puasa Shaklee untuk mereka yang berpuasa adalah seperti berikut:

  • Sumber protein berkualiti tinggi (non GMO)
  • Membekalkan tenaga lebih lama
  • Mengurangkan rasa lapar dan kenyang lebih lama
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Mempunyai GI yang rendah dan sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis
  • Berfungsi sebagai meal replacement

Mengikut pengalaman saya sendiri, Set Puasa Shaklee juga amat membantu pengeluaran susu ibu. Jadi, tiada masalah pada saya waktu itu untuk berpuasa penuh walau sedang dalam fasa penyusuan bayi. Jadi, bila dapat berpuasa penuh, tidak perlu lagi ibu-ibu menggantikan puasa pada waktu lain. Anda juga akan berasa Lebih Mudah Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai pengalaman berpuasa ketika fasa penyusuan dengan Set Puasa Shaklee, saya amat menyarankan kepada para ibu terutamanya ibu-ibu muda di luar sana untuk mengamalkan set puasa Shaklee ketika sedang hamil mahupun menyusu. InsyaAllah, mudah-mudahan ibadah puasa kita dan amal ibadah lain diterima oleh Allah SWT.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang set Puasa Shaklee, boleh hubungi saya melalui whatsapp dengan hanya klik di link berikut. Pada bulan ni, ada promo yang best dari Shaklee tau. Sehingga berjumpa lagi dan selamat berpuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by