PENUHI IMPIAN AIDILFITRI DENGAN DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Spread the love

Aidilfitri adalah salah satu perayaan yang paling ditungu-tunggu oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Sudah tentunya, setiap daripada kita pasti mempunyai impian masing-masing, bagaimana kita nak sambut Hari Raya terbesar bagi umat Islam ini. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita, pasti mempunyai terdetik perasaan gembira dan teruja nak sambut ketibaan satu Syawal nanti. Bagaimana Shaklee boleh bantu anda semua penuhi impian Aidilfitri dengan duit raya awal dari Shaklee ini?

Apa kata anda semua spend masa sekejab untuk baca entri blog saya kali ni. Jom saya ceritakan bagaimana Shaklee boleh penuhi impian Aidilfitri kita semua dengan duit raya awal pada tahun ini. Duit Raya?? Biar betul Shaklee boleh bagi duit raya?? Apa tu duit raya Shaklee?

Haa.. meh saya kongsikan apa yang saya maksudkan dengan duit raya Shaklee. Siap boleh dapat awal lagi tu. Bagi mereka yang baru tahu tentang bisnes Shaklee, saya nak maklumkan bahawa jika anda join Shaklee, anda bukan hanya boleh beli produk Shaklee untuk kegunaan sendiri atau keluarga sahaja, tapi anda juga boleh dapat duit atau bonus tunai dari pembelian produk Shaklee yang anda buat.

Ye ke macam tu? Ya, betul sangat. Walau anda membeli untuk kegunaan sendiri, tetapi jika belian anda mencapai point (UV) tertentu, anda layak mendapat bonus tunai bermula dengan minima 5%. Dan kalau anda nak lagi banyak bonus, anda boleh berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang di sekeliling anda, sekiranya mereka berminat, dan membuat pembelian atau boleh jadi mereka terus mendaftar keahlian dengan anda, secara automatik anda akan dapat gandakan bonus tunai yang bakal anda dapat nanti.

Tawaran 3C Daripada Shaklee

Apa itu 3C? 3C adalah tawaran yang pihak syarikat berikan kepada semua ahli (atau dalam Shaklee disebut sebagai Pengedar) yang mendaftar keahlian Shaklee. 3 tawaran tersebut adalah:

Cash Bonus / Bonus Tunai

Setiap jualan vitamin Shaklee, kita akan dapat untung runcit bagi setiap produk yang dijual. Untung runcit Shaklee adalah berbeza untuk setiap produk Shaklee. Biasanya ia adalah antara 15-25%. Contohnya, untuk jualan sebotol Vitamin C Shaklee, anda boleh dapat untuk runcit sebanyak RM23! Wah, banyakkan? Itu baru sebotol, kalau 10 botol, anda dah boleh dapat untung runcit sahaja berjumlah RM230.

Selain untung runcit, Syarikat juga akan memberi bonus tunai kepada semua para pengedarnya yang cukup pembelian dalam satu-satu bulan. Bonus bulanan ini, syarikat akan bank in ke dalam akaun bank setiap tengah bulan. Kebiasaannya bermula antara 13-15 haribulan setiap bulan.

Cash bonus paling sedikit ialah sebanyak 5% dan paling banyak adalah sebanyak 21%. Banyak mana tu?? bermula dari sekurang-kurangnya RM25 hingga melebihi ratusan ribu ringgit berdasarkan performance jualan masing-masing. Haa, bestkan??

Potensi Bonus Shaklee

Car Bonus / Bonus Kereta

Bonus kereta adalah bonus berbentuk wang tunai juga, yang Shaklee berikan kepada para pengedarnya yang layak mencapai car bonus ini. Shaklee tak bagi dalam bentuk sebuah kereta tetapi Shaklee bagi dalam bentuk tunai. Car bonus paling minima lebih kurang RM500 dan paling banyak tidak ternilai jumlahnya berdasarkan pencapaian masing-masing juga.

Car Bonus Yang Saya Pernah Terima

 

Car Bonus Shaklee

Bila dapat bonus kereta dalam bentuk cash, adakah kita hanya boleh beli kereta sahaja dengan duit tersebut? Tidak, sama sekali tidak. Anda bebas untuk membeli apa sahaja dengan duit bonus kereta anda. Nak buat beli rumah, nak beli tanah, nak beli kereta, nak menabung, nak pergi bercuti, semua boleh. Terserah kepada anda. Subhanallah, bestnya lah kan??

Convention Trip / Percutian Percuma

Tawaran ketiga dari syarikat Shaklee adalah berbentuk percutian atau trip percuma. Untuk trip percuma ini, Shaklee sediakan international dan regional trip. Yang ni tak payah cakap lah, memang best sangat-sangat kalau dapat join trip percuma Shaklee dengan layanan 5 bintang ni. Untuk tahun 2022, Shaklee bawa semua pengedarnya yang layak ke Switzerland dan untuk tahun 2023, Shaklee akan bawa ke US dan Korea.

Trip ke Switzerland 2022

Alhamdulillah, untuk ketiga-tiga tawaran 3C dari Shaklee ini saya dah layak dapat kesemuanya. Syukur sangat walau niat awal join Shaklee hanyalah untuk makan sendiri dan supaya dapat beli produk Shaklee dengan harga ahli, tapi kini saya dah dapat bermacam-macam insentif dari Shaklee.

Duit Raya Awal Dari Shaklee Pada Tahun Ini

InsyaAllah, tahun ni kemungkinan kita umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada 22 April 2023. Dan sangat elok timing bonus Shaklee awal seminggu daripada kita menyambut hari raya. Jadi, memang bonus Shaklee ni seumpama duit raya yang kita dapat awal daripada syarikat, yang mana ia sangat-sangat membantu kita meraikan Syawal nanti dengan penuh kegembiraan.

Cash Bonus Yang Pernah Saya Terima Dari Shaklee

InsyaAllah, masih sempat lagi untuk anda bertindak mulai hari ini kalau anda nak dapat duit raya awal dari Shaklee tahun ini. Ha.. kalau dapat duit tu, anda boleh jadikannya sebagai duit raya kepada ayah bonda, anak-anak serta sanak saudara. Dan mungkin juga anda berimpian untuk membeli persiapan untuk raya, boleh sangat guna duit raya awal dari Shaklee ni.

Nak buat jamuan raya? Mesti pakai duit banyak juga kan? Haa.. molek sangatlah kalau anda mula berbisnes Shaklee sekarang. Sekadar nak dapat RM500 hingga RM1000 tu, mudah sangat lah. bahkan, kalau anda nak dapat duit raya awal dari Shaklee RM2000 ke atas pun, masih lagi sempat!

Jadi, apa tunggu lagi. Jomlah mendaftar keahlian Shaklee dengan saya pada hari ini dan terus mulakan bisnes anda sekarang. Tak tahu macamana nak mulakan? InsyaAllah, saya boleh bimbing anda satu persatu. Saya amat alu-alukan anda sertai saya, jangan malu jangan segan, boleh segera hubungi saya di whatsapp dengan klik di link wassap berikut.

Jemput baca lagi di link ini jika anda nak tahu apa lagi yang boleh dibuat dengan duit raya awal dari Shaklee ni. So, enjoyyy!

Sekian dulu celoteh saya kali ini, sehingga berjumpa lagi. Bye!

3 thoughts on “PENUHI IMPIAN AIDILFITRI DENGAN DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by