
Assalamualaikum dan hai, selamat bertemu kembali!
Entri kali ini adalah perkongsian santai tentang event Shaklee yang telah berlangsung pada 18 Mac lepas iaitu Shaklee Fun Day yang telah diadakan di beberapa branch terpilih dan terbuka kepada semua, bukan hanya pengedar Shaklee yang menjalankan bisnes Shaklee sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia. Event tersebut telah berlangsung dengan begitu meriah sekali dan mendapat sambutan yang sangat hebat.
Event Shaklee Fun Day ini berlangsung di HQ Shaklee dan beberapa branch Shaklee yang lain seperti branch KL, branch KB dan branch JB. Walaupun saya tidak dapat menyertai event tersebut, tetapi dalam group whatsapp team bisnes Shaklee kami, rakan-rakan yang berpeluang pergi ke branch tersebut riuh rendah bercerita tentang keterujaan mereka dan berkongsi gambar masing masing ketika berada di sana. Kami yang jauh ni pun rasa sangat teruja dan berpeluang membuat order melalui kawan-kawan yang ada di sana untuk mendapat tawaran hebat dari Shaklee.
Dalam event Shaklee Fun Day yang lepas, antara acara dan promosi istimewa yang berlangsung antaranya adalah:
-
Special Event Day Youth Promo – promosi produk Youth dengan harga istimewa
-
Freebies For Existing SIDs – hadiah percuma untuk semua pengedar/ahli shaklee dengan pembelian tertentu.
-
Exclusive Gift For New Joiners – hadiah eksklusif untuk mereka yang baru join Shaklee sebagai pengedar/ahli.
-
Aktiviti, hadiah dan belon percuma untuk kanak-kanak.
Kenapa Shaklee Anjurkan Shaklee Fun Day Ini?
Sebagai sebuah syarikat yang amat menghargai para pengedarnya, penganjuran event sebegini sangat membantu para pengedar Shaklee sama ada yang aktif menjalankan bisnes Shaklee atau ahli biasa yang sekadar membeli untuk makan sendiri dan keluarga untuk merebut peluang dan promosi hebat yang julung-julung kali dianjurkan oleh syarikat. Biasanya, setiap tahun pasti ada sahaja event-event sebegini yang dianjurkan oleh pihak Shaklee Malaysia.

Ia pastinya dapat membantu para pengedar Shaklee untuk meningkatkan jualan mereka. Ia sekaligus dapat menarik lebih ramai ahli baru dari kalangan rakyat Malaysia untuk menyertai Shaklee. Kemeriahan event tersebut juga secara tidak langsung dapat mendekatkan masyarakat sekitar untuk lebih mengenali branch Shaklee.
Bagi para pengedar Shaklee yang berkesempatan hadir ke event Shaklee Fun Day ini, ia dijadikan sebagai tempat untuk berjumpa dan beramah mesra dengan para pengedar yang lain terutamanya bersama ahli team masing-masing. Selain itu, program-program sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli team disamping dapat berkongsi idea, pandangan dan kata-kata semangat daripada upline mahupun sideline.


Walaupun tak dapat hadir ke event yang telah berlangsung pada Sabtu (18 Mac 2023) yang lalu, tetapi saya sangat-sangat teruja dan gembira melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan dalam group kami terutamanya group OMS dan iReach. Saya juga mengharapkan agar Shaklee akan menganjurkan event sebegini lebih kerap pada masa akan datang.
Saya kongsikan gambar-gambar dari team saya sewaktu menyertai Shakle Fun day tersebut untuk tatapan anda semua. Kepada anda yang berminat untuk menyertai Shaklee dan menjalankan bisnes Shaklee serta mendapatkan pendapatan 3, 4 dan 5 angka sebulan, boleh hubungi saya di link berikut untuk kita sembang-sembang lanjut.
Jumpa lagi, bye!