Hai semua, assalamualaikum dan berjumpa lagi kita dalam entri ke-6 sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Pejam celik pejam celik tak terasa rupa-rupanya kita dah berada di penghujung bulan puasa kan. Saat saya sedang menulis entri ni, pasti anda semua sedang sibuk buat persiapan raya dan pasti juga ramai yang sedang berpusu-pusu untuk pulang berhari raya di kampung halaman kan sebab malam nanti akan ada pengumuman penentuan tarikh raya dah. Ok, kembali kepada tajuk entri saya kali ni, saya nak kongsikan satu program yang sangat best dari Shaklee Malaysia iaitu tawaran duit tambahan kepada anda melalui Program Insentif Shaklee.
Bila pertama kali saya dengar Shaklee akan buat Program Insentif Shaklee ni, saya sangat teruja dan hati berbunga. Apa taknya, syarikat nak bagi duit tambahan selain bonus 4 angka yang para pengedarnya dapat setiap bulan tu. Program berlangsung selama 3 bulan iaitu mulai April 2023 hingga Jun 2023. Apa perasaan anda bila bos kita nak bagi duit tambahan pada saat kita sangat memerlukan macam sekarang? Tentunya kita akan rasa bahagia dan gembira kan?
Shaklee Selalu Sangat Tawarkan Insentif Tambahan Kepada Para Pengedarnya!
Haa.. kalau anda semua nak tahu, ini bukan julung kali syarikat tawarkan Insentif Shaklee ni tau. Sejak saya join Shaklee tahun 2012 iaitu dah hampir 11 tahun, akan ada sahaja tawaran-tawaran insentif dari Shaklee buat para pengedarnya. Dan banyak kali juga saya pernah dapat insentif tambahan ni. Memang suka sangat lah sebab macam-macam boleh kita buat dengan duit tu kan.
Kalau diingat kembali, saya pernah dapat insentif Shaklee sebanyak Rm1800, RM600, RM400, RM200 sampai tak terkira lah. Ini baru insentif tambahan tau, tak termasuk bonus bulan yang mencecah 4 dan kadangkala 5 angka tu. Selain tu, ada lagi duit cash hasil dari untung runcit penjualan produk Shaklee yang boleh menjangkau 15-20% keuntungan tu, wah memang lumayan kan!! Haa.. sebab tu lah Shaklee ni adalah Bisnes Online terbaik yang perlu korang semua mulakan hari ini.
Shaklee Nak Bagi Duit Tambahan Kepada Anda RM600 Selain Bonus Bulanan 4 Angka!!
Wah, banyaknya Shaklee nak bagi duit tambahan ni. Kalau anda nak tahu, bonus bulanan Shaklee kepada pengedar yang mencapai rank pertama iaitu Supervisor biasanya bermula dari RM1500 ke atas, bergantung kepada pencapaian jualannya pada bulan tersebut. Bahkan, ada Supervisor yang boleh mencapai bonus RM2000 lebih sebulan tau, ada leader saya sendiri yang pertama kali naik rank Supervisor berjaya dapat bonus bulanan RM2600!
Tapi kali ni, untuk program insentif Shaklee bermula bulan ni sehingga Jun 2023, Shaklee nak bagi extra lagi RM600 kepada anda! Best ke best??? tentulah best kan! Bila kita total up sekali bonus bulan, katakan anda dapat minima bonus Supervisor RM1500 untuk 3 bulan ini, plus duit insentif Shaklee bagi tambahan RM600, wah dah cecah lebih RM5,100 untuk 3 bulan. Ntah-ntah anda dapat lebih lagi tau. So, memang best sangat kan?!
Siapa Yang Layak Join Program Insentif Shaklee Kali Ini?
Sebenarnya, untuk program insetif Shaklee kali ini, semua orang layak join tau. Tidak terbatas kepada mereka yang dah jadi ahli atau pengedar Shaklee sahaja. Seluruh rakyat Malaysia, termasuk anda yang belum menyertai Shaklee pun. Tapi dengan syarat anda kena bertindak untuk sertai Shaklee pada hari ini juga tau!!
Untuk insentif Shaklee kali ini terdapat beberapa kategori, yang pertama adalah terbuka kepada mereka yang berpangkat pertama iaitu Supervisor dan Senior Supervisor. Untuk kategori inilah semua orang layak untuk rebut tawaran duit tambahan RM600 ni. Sebab anda ada masa selama 3 bulan untuk capai syarat dan kelayakan yang Shaklee sediakan. Memang boleh sangat-sangat kalau anda betul-betul nak kejar insentif Shaklee tambahan ni.
Kenapa Anda Perlu Join Program Insentif Shaklee ini?
Dalam situasi sekarang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan pendapatan kita hanya dapat menampung keperluan asas keluarga seperti makanan, tempat tinggal dan pengangkutan sahaja. Jadi kita semua amat memerlukan income tambahan untuk perbelajaan keperluan-keperluan lain dalam kehidupan kita.
Menurut laporan Utusan Malaysia pada tahun 2022, lebih separuh atau 66 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia menjalankan kerja tambahan atau mempunyai dua kerja dalam satu masa. Situasi ini berlaku kerana kita semua sangat memerlukan pendapatan tambahan untuk menyara kehidupan keluarga.
Kalau kita nak buat kerja atau bisnes part time, mesti kita nak cari bisnes yang kurang risiko dan tak perlu keluarga modal permulaan yang banyak kan? Jadi, bisnes Shaklee adalah pilihan yang paling tepat. Dengan tawaran Insentif Tambahan sepanjang April hingga Jun 2023 ini, sesuai sangatlah anda join Shaklee dan join program ini sekarang!
Bagaimana Nak Join Program Insentif Shaklee Ni?
Jika anda berminat untuk join program insentif tambahan dari Shaklee ni, ada beberapa langkah yang perlu anda ikuti sebagaimana berikut:
Pertama:
Anda perlu sertai Shaklee sekarang juga, untuk sertai Shaklee anda hanya perlu bayar RM35 sahaja atau anda boleh join dengan PERCUMA apabila anda membeli produk Shaklee sehingga 100uv atau nilaiannya lebih kurang RM350 ringgit. TAPI, bulan ni sangat best bila anda boleh join Shaklee PERCUMA dengan pembelian Set Healthy Rahmah Shaklee (ESP + Vit C) berharga RM99 sahaja.
Kedua:
Isi maklumat pendaftaran keahlian anda di link pendaftaran keahlian Shaklee, setelah selesai anda perlu contact saya melalui whatsapp ke link wassap berikut.
Ketiga:
Setelah selesai pendaftaran, jangan lupa contact saya melalui link yang saya berikan di atas tau. Saya akan beri panduan seterusnya dan bagi penerangan lebih lanjut bagaimana nak dapat income 4 angka dengan Shaklee dan dapatkan insentif tambahan RM600 ini.
Tengok, mudah sangat kan nak join Shaklee untuk dapat extra income sehingga 4 angka yang amat lumayan ini! Anda tak perlu pun ada kelulusan diploma maupun degree, sape sahaja layak join asalkan anda berusia 18 tahun ke atas. Sama ada anda seorang pelajar, suri rumah, pekerja swasta atau staf kerajaan hatta anda yang tidak mempunyai perkerjaan pun boleh join Shaklee!
Apa Lagi Yang Anda Boleh Dapat Kalau Sertai Shaklee
Shaklee menawarkan 3 bentuk bonus kepada para pengedarnya iaitu 3C (Cash-Car-Convention). Ketiga-tiga bonus ini boleh dicapai oleh semua pengedarnya yang layak. Alhamdulillah, setelah lebih 10 tahun menjalankan bisnes Shaklee secara online (part-time), sejak tahun kedua saya dah capai ketiga-tiga bonus dalam Shaklee ini.
Saya dah dapat bonus tunai bermula 3 angka kemudian meningkat 4 angka dan seterusnya meningkat kepada 5 angka sebulan! Berapa angka bonus bulanan yang boleh dicapai oleh pengedar shaklee ni? Tiada limit atau infiniti! Ya anda tak percaya?? Memang benar tau, ada pengedar Shaklee yang menjana ratusan ribu bonus sebulan tau! Memang segalanya tak mustahil dalam Shaklee!
Selain tu, saya juga dah dapat bonus kereta dalam bentuk wang tunai. Dengan duit tunai ni, kita bukan sahaja boleh beli kereta tapi, buat apa sahaja dengan bonus kereta ni. Haa..best kan?
Dan yang paling best, shaklee juga bagi trip percutian mewah secara percuma. Mula-mula join Shaklee dulu, saya tak tahu pun yang Shaklee ada tawaran semua ni. Tapi bila dah join, rupa-rupanya macam-macam yang saya boleh dapat dengan bisnes online ini. Jadi, anda semua patut join Shaklee sekarang untuk merasa semua tawaran bonus dan insentif tambahan dari Shaklee ini.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan bisnes Shaklee, anda boleh hubungi saya di link berikut, klik sahaja di sini.
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini, sehingga bertemu lagi di lain entri. Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog drnajihaham.com. maaf zahir batin dari saya. Byeee..