
Baru-baru ini, saya terpilih untuk menyertai Projek Mega Blog Shaklee 1.0 yang julung kali dianjurkan oleh group Shaklee Euphoria. Group Shaklee Euphoria ini adalah kendalian Master Norita Idris dan suaminya Master Naquib.
Sebenarnya, saya nyaris terlepas peluang untuk menyertai projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini pada awalnya. Hal ini adalah disebabkan oleh kelalaian saya sendiri yang bertangguh dan akhirnya terlupa untuk mengisi google form untuk pendaftaran penyertaan projek tersebut sehinggalah tarikh tutupnya berakhir.
Tetapi, saya mula tersedar bahawa saya terlepas mengisi form pendaftaran apabila melihat status fb kawan-kawan yang menyertainya dan apabila membaca post mereka, saya merasa teruja untuk sama-sama menyertai projek ini. Tanpa membuang masa, saya memberanikan diri untuk menghantar whatsapp kepada Master Norita dan memaklumkan bahawa saya nak sangat menjadi peserta projek ini tetapi terlupa mengisi borang penyertaan.
Awalnya, saya sedikit kecewa apabila Master Norita memaklumkan bahawa penyertaan untuk projek Mega Blog 1.0 ini telah ditutup. Namun, hati saya sedikit berbunga apabila Master Norita membalas mesej; “insyaAllah jika kita dapat permintaan yang tinggi, saya akan buka peluang pada yang nak sangat join macam akak..”
Alhamdulillah wa syukrulillah, pada malam hari yang sama juga, Master Norita memaklumkan bahawa saya dapat menyertai projek Mega Blog 1.0 kali ini. Saya sangat teruja dan begitu ‘excited’ bila mengetahui saya terpilih untuk menyertai projek ini.
Niat Awal Nak Sertai Projek Mega Blog Shaklee 1.0
Niat awal saya nak sertai projek ini adalah untuk aktifkan kembali blog saya yang dah lama ‘bersawang’ dan tak ter’update’. Pada waktu itu, saya berfikir alangkah bagusnya kalau saya sama-sama menulis entri blog bersama para peserta lain berbanding jika saya sorang diri menulis entri, saya mungkin akan culas dan malas.
Selain itu, saya juga ingin cabar diri saya untuk konsisten update blog walau saya sendiri sangat sibuk dengan kerja sebagai pensyarah dan ibu kepada 6 orang. Kalau saya tak sertai projek ni, cabaran ini sudah tentu tiada dan hasrat untuk aktifkan kembali blog saya drnajihaham.com ini pasti tidak akan berjaya.
Saya juga berhasrat untuk belajar ilmu blogging dari otai blog terutamanya dari Master Salwa Zeyn yang merupakan moderator untuk projek tersebut. Saya teringin sangat nak jadikan blog saya berada diranking google search sebagaimana blog otai-otai yang lain.
Apa Yang Saya Dapat Setelah Menyertai Projek Mega Blog Shaklee 1.0?
Sungguh saya tidak menyangka dengan menyertai projek ini, saya begitu bersungguh dan bertekad untuk siapkan tugasan yang diberi. Untuk tempoh 2 minggu projek ini berlangsung, kami dikehendaki menyiapkan 2 artikel berdasarkan tajuk yang diberi dan mesti mengikut arahan dan langkah-langkah yang dinyatakan. Sungguhpun pada minggu tersebut, saya sangat sibuk untuk memeriksa tugasan pelajar, saya tetap bertekad untuk siapkan task pertama walau terpaksa bersengkang mata pada malam terakhir untuk submit.
Akhirnya, artikel pertama saya yang bertajuk 5 Kebaikan Diet IF Yang Perlu Anda Ketahui siap jam 2.30 pagi. Walaubagaimana pun, saya menghadapi sedikit masalah apabila rakan sparring di atas saya belum berjaya publish artikel beliau atas kekangan yang sama seperti saya (tidak dapat link dari rakan sparring). Untuk makluman semua, kami dikehendaki meletakkan link artikel blog rakan sparring yang telah ditentukan oleh moderator untuk menjadikannya satu rantaian blog yang sambung menyambung.
Alhamdulillah, walaupun lambat dapat link dari rakan sparring, akhirnya saya dapat juga publish artikel pertama saya sebagaimana yang dikehendaki. Dari sini, saya dapat belajar sesuai iaitu, bila kita dah terima satu-satu tanggungjawab, kita mesti lunaskan atau selesaikan tanggungjawab tersebut walau apa keadaan sekalipun supaya kita tidak menyusahkan orang lain.
Untuk artikel kedua pula yang bertajuk Turun Berat Badan dan Tampil Bergaya Dengan Set Kurus Shaklee, saya juga berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kali ini, saya masih juga terpaksa bersengkang mata memandangkan pada siang hari saya tak sempat untuk menyiapkan artikel tersebut disebabkan sangat sibuk dengan tugas hakiki saya.
Sepanjang 2 minggu menyertai projek Mega Blog Shaklee 1.0 ini, bermacam ilmu yang saya dapat tentang penulisan blog, bagaimana nak jadikan artikel kita berada di ranking google, tentang SEO, cara nak link kan artikel blog lain dalam artikel kita serta pelbagai lagi ilmu yang saya baru ketahui. Seronok dan sangat mengujakan!
Tak Sangka Terpilih Sebagai Pemenang Kolagen Shaklee!
Apabila projek tamat dan moderator mengumumkan senarai nama pemenang, saya betul-betul tak menyangka bahawa saya akan terpilih sebagai salah seorang pemenang hadiah yang ‘mahal’ dan menjadi idaman juga. Saya join projek sebab nak ilmu, nak cabar diri sendiri dan saya ada cakap, kalau aku tak menang hadiah pun tak kisah, asalkan niat awal join dapat tercapai.
Seramai 25 orang pertama telah memenangi hadiah sebotol vivix setiap seorang, 25 orang seterusnya pula menerima hadiah sekotak kolagen Shaklee setiap seorang. Dan akak adalah salah seorang penerima hadiah kolagen Shaklee! Best sangat dan betul-betul tak sangka kerana ramai lagi otai-otai blog hebat yang menyertai projek ini.

Selain daripada 50 orang penerima hadiah tadi (vivix dan kolagen) semua peserta lain turut menerima sekotak Nutriferon setiap seorang. Sangat-sangat berbaloi kan! Kesemua hadiah ini ditaja oleh Master Norita dan Master Naquib. Terima kasih daun keladi Masters!!
Kenapa Saya Nak Sangat Join Projek Mega Blog Shaklee 2.0?
Apabila Master Norita umumkan akan ada projek Mega Blog Shaklee 2.0, saya bertekad untuk join juga kali ini. Walau masa kali ini sangat mencabar kerana saya terlibat dengan kajian lapangan projek penyelidikan saya di beberapa buah universiti dan dalam masa yang sama, saya pulang ke kampung halaman bersama suami dan anak-anak, tapi saya ingatkan diri saya untuk cabar diri siapkan 2 entri juga kali ini.

Masih sama seperti 2 penulisan pada projek pertama, kali ini saya menulis entri ini sehingga jam menghampiri 4 pagi! Kenapa saya sangat gigih sampai tak cukup tidur semua ni?? Kenapa saya nak join juga projek 2.0 ini?
Sebabnya, saya merasakan bahawa saya akan culas update blog saya jika saya tidak bersama kawan-kawan yang lain untuk menyertai cabaran ini. Saya yakin saya akan hanyut jika sendirian. Jadi saya bertekad untuk bersama-sama rakan yang lain dalam Projek Mega Blog Shaklee 2.0 ini.
Selain itu, saya merasakan banyak lagi ilmu lain tentang blog yang akan saya dapat dari kawan-kawan terutamanya moderator Master Salwa. Saya ni bukan pandai sangat berblog, saya hanya pandai update blog sahaja, ilmu-ilmu blog yang lain memang kosong. Jadi saya mengharapkan akan dapat tambah lagi ilmu dan dapat ‘sesuatu’ dari penyertaan saya kali kedua ini.
Alhamdulillah, saya rasa ini sahaja yang dapat saya coretkan tentang pengalaman menyertai Projek Mega Blog Shaklee 1.0 anjuran Euphoria. Terima kasih buat master Norita atas peluang ini.
Sehingga berjumpa lagi dalam entri seterunya, bye!
Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee atau nak dapatkan produk Shaklee, sila klik link berikut wasapp.me/+60134517098/shakleeweb