SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQs) TENTANG SET HELLO NEW YOU SHAKLEE

Spread the love

Hai, assalamualaikum semua. Bertemu kembali kita di ruangan maya ini, terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi mengunjungi website saya drnajihaham.com. Semoga penulisan-penulisan saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda.

Dalam entri-entri saya sebelum ini, telah banyak saya bercerita tentang tips untuk kuruskan badan dengan Set Hello New You Shaklee. Antaranya anda boleh baca artikel tentang Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee, Turun Berat Badan dan Tampil Bergaya dengan Set Kurus Shaklee, 5 Kebaikan Diet IF yang Perlu Anda Tahu dan satu dua artikel lain. Jadi, kali ini saya ingin menulis berkenaan soalan-soalan lazim yang sering ditanya orang tentang Set Hello New You Shaklee.

Soalan-Soalan Lazim (FAQs) Tentang Set Hello New You Shaklee

Soalan Pertama:

Apakah Itu Program “Hello New You Shaklee?”

Jawapan: “Hello New You Shaklee” adalah program yang mudah untuk diikuti, yang menggabungkan produk-produk dengan nutrisi seimbang, pelan berpuasa yang fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu anda menguruskan berat badan anda dengan berkesan. Disokong oleh sains dan dibuktikan oleh ramai orang, program ini membantu anda mencapai sasaran berat dengan bijak dan selamat serta mengekalkan berat badan yang ideal secara sihat selepas program untuk kesejahteraan anda dalam jangka masa panjang.

Soalan Kedua:

Bagaimana Program “Hello New You Shaklee” berbeza dengan program pengurusan berat badan atau diet yang lain?

Jawapan:  Program ini dibangunkan supaya anda mempunyai pendekatan pengurusan berat badan yang selamat, sihat dan berkesan. Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, “Hello New You” Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan.

Soalan Ketiga:

Berapa lama saya perlu mengikuti program ini?

Jawapan: Anda disarankan untuk mengikuti program ini selama 4 minggu untuk menyihatkan dan menyegarkan semula tubuh badan anda. Berpuasa membolehkan tubuh badan anda berehat dan segar semula, dan produk-produk Shaklee membantu menyihatkan tubuh badan anda dari dalam. Ini akan membantu anda menurunkan berat badan secara lebih berkesan dan membentuk tabiat makan yang sihat dalam jangka masa panjang.

Soalan Keempat:

Adakah program ini sesuatu yang mencabar bagi mereka yang pertama kali melakukannya?

Jawapan: “Hello New You” Shaklee adalah program yang mudah diikuti kerana ia melaksanakan 12 jam berpuasa dan 12 jam makan. Ini adalah pengenalan yang sesuai untuk orang baharu atau mereka yang baru mencuba berpuasa kerana ia memerlukan usaha yang minimum dengan tempoh berpuasa yang agak singkat dan sebahagian besar proses ini berlaku semasa anda tidur pada waktu malam. Ini adalah permulaan yang baik untuk mencapai tempoh berpuasa yang lebih lama pada masa hadapan.

Soalan Kelima:

Adakah saya akan merasa lapar apabila mengikuti program “Hello New You”?

Jawapan: Anda tidak akan berasa lapar jika mengikuti program ini dengan betul. Pastikan anda menyediakan minuman shake anda dan mengambil produk mengikut dos yang disarankan, tidak melangkau waktu makan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Soalan Keenam:

Adakah saya akan kembali ke berat asal selepas program “Hello New You” tamat?

Jawapan: Dalam program ini, pengurangan berat badan bukannya daripada kehilangan air dan otot kerana leusina membantu mengurangkan lemak dan ukuran badan sambil mengekalkan jisim badan tanpa lemak serta menggalakkan penurunan berat badan yang sihat daripada kehilangan lemak ini. Oleh itu, anda tidak perlu risau berat badan naik semula seperti kesan yo-yo. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengekalkan pemakanan yang dipenuhi makanan sihat dan semulajadi serta mengamalkan konsep “Suku-Suku-Separuh”

Soalan Ketujuh:

Bolehkan saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee yang lain sepanjang program “Hello New You”?

Jawapan: Ya, anda boleh meneruskan pengambilan suplemen Shaklee yang lain tanpa rasa bimbang.

Soalan Kelapan:

Bolehkah saya bersenam apabila menyertai program ini?

Jawapan: Anda sangat disarankan untuk bersenam kerana rutin senaman akan membantu memaksimumkan manfaat program ini.

Produk-Produk Yang Terdapat Dalam Set Hello New You Shaklee

Set Hello New You Shaklee terdiri daripada produk-produk berikut:

Cinch Shake – berfungsi untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan Cinch Shake juga membantu membina otot. Manfaat satu hidangan penuh yang dibawakan dalam bentuk minuman yang lazat dan berkhasiat. Ia ditambah pula dengan Leusina untuk pengurusan berat badan secara sihat. Cinch Shake juga mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting.

Lecithin – berfungsi sebagai pembakar lemak semulajadi. Ia juga bertindak sebagai pengemulsi daripada sumber semula jadi kacang soya.

Omega Guard – berfungsi sebagai pemecah lemak semulajadi. Ia juga membantu meningkat kadar metabolisme tubuh dan membekalkan asid lemak penting omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas. Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat.

Herblax – merupakan ejen pencernaan dan pembesihan usus yang lebih baik. Ia dipertingkatkan dengan campuran proprietari termasuk daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Herblax juga menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan.

Testimoni Kurus Dengan Set Hello New You Shaklee

Ramai pengguna yang telah mendapat kesan pengurusan berat badan setelah menggunakan set Hello New You ini.

Testimoni 1
Testimoni 2
Testimoni 3
Testimoni 4
Testimoni 5
Testimoni 6
Testimoni 7

 

Sepanjang bulan Mei 2023 ini, dengan pembelian Set Hello New You anda akan dapat 1 tong Cinch Shake Vanilla secara PERCUMA! Jadi cepat rebut peluang yang menarik ini sebelum kehabisan stok. Sebarang pertanyaan berkenaan Program Pengurusan Berat Badan dengan Set Hello New You, boleh hubungi saya segera di talian wassap berikut (klik link). Anda juga boleh hubungi saya melalui akaun FB Personal saya Najihah Abdul Mutalib atau page rasmi saya Dr. Najihah Shaklee Terengganu.

Sehingga bertemu lagi, bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by