TESTIMONI: JERAWAT DAN PARUT JERAWAT ANAK REMAJA PUDAR DAN HILANG SELEPAS KONSISTEN AMALKAN PRODUK SHAKLEE

Spread the love

Assalamualaikum dan hai semua.

Selamat bersua kembali setelah lama saya tidak bersiaran di blog ini. Kali ni saya ingin kongsikan testimoni penggunaan produk Shaklee daripada anak remaja saya sendiri. Jemput baca kisah testimoni ini yang dihantar ke pertandingan Supermom Shaklee Story.

 

Saya adalah seorang ibu kepada 6 orang anak yang mana 4 daripada mereka adalah anak-anak remaja. Saya sekeluarga dah lebih 10 tahun amalkan produk Shaklee.

Tetapi apabila anak-anak meningkat remaja dan mula tinggal di asrama, mereka agak culas untuk konsisten mengambil produk Shaklee walaupun saya ada bekalkan vitamin Shaklee untuk di bawa ke asrama. Kebiasaannya, apabila anak-anak meningkat remaja kebanyakan daripada mereka akan mengalami masalah pada kulit wajah, terutamanya jerawat yang amat ‘galak’ tumbuh pada bahagian tertentu.

Antara faktor penyebab kepada tumbuhnya jerawat di kulit wajah anak-anak remaja, antaranya adalah disebabkan oleh masalah hormon, pemakaian produk ‘skincare’ yang mengandungi bahan terlarang, pemakanan, stress dan kurangnya penjagaan kebersihan wajah yang menyebabkan liang pori tersumbat. Masalah ini turut berlaku kepada anak-anak remaja saya.

Pada kali ini, saya ingin kongsikan testimoni dari anak sulung saya sendiri yang mengalami masalah kulit wajah iaitu jerawat dan parut jerawat yang agak banyak sewaktu di tingkatan 4 dan 5. Mungkin juga pada waktu itu, beliau kurang konsisten dengan pengambilan produk Shaklee, kurang menjaga kulit wajah dan sibuk dengan ulangkaji untuk SPM.

Alhamdulillah, setelah saya menyarankan beliau untuk konsisten mengambil set kulit cantik Shaklee terutamanya Vitamin C dan ESP serta Pencuci Muka Youth, saya lihat parut jerawat pada kulit wajah beliau makin hari nampak makin pudar dan ada sebahagiannya sudah hilang. Jerawat pun susah nak tumbuh sekarang.

Saya lihat beliau makin konsisten amalkan produk-produk Shaklee tersebut dan sudah pandai menjaga kebersihan kulit wajah. Setelah beliau dapat menyambung pelajaran ke universiti, saya ada bekalkan vitamin-vitamin Shaklee yang lain juga seperti Vitamin E, Omega Guard, B Complex, Zinc dan Carotomax selain set Kulit Cantik Shaklee iaitu ESP, Vitamin C dan Pencuci Muka Youth.

Perbezaan kulit wajah beliau, boleh dilihat pada gambar sebelum dan selepas sebagaimana yang saya kongsikan dalam testimoni ini.

Kepada anda yang mempunyai anak remaja dan mempunyai masalah kulit wajah seperti anak saya ini, boleh cuba amalkan produk Shaklee. Ianya selamat dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan rangkaian skincare Shaklee pula bebas dari bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah.

Alhamdulillah, terima kasih Shaklee. Terima kasih Supermom Shaklee Story!

Perkongsian oleh :
Dr. Najihah Abdul Mutalib, Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
Order Shaklee sekarang!
Powered by