TESTIMONI SHAKLEE: SAKIT TULANG BELAKANG BERANSUR HILANG SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE

Spread the love

Assalamualaikum, hai bertemu lagi kita di ruangan maya ini. Didoakan semoga semua yang membaca entri ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang testimoni Shaklee dari saya sendiri. Kepada anda yang telah membaca entri-entri saya belum ini, tentu telah maklum bahawa saya telah lama mengambil produk-produk Shaklee terutamanya vitamin-vitamin keluaran syarikat Shaklee iaitu syarikat suplemen yang paling dipercayai di negara ini khasnya dan di dunia amnya.

Selama lebih 12 tahun saya menjadi pengamal produk dan vitamin Shaklee, sudah tentu pelbagai kesan baik yang saya telah alami dan rasai. Jika tidak, sudah tentu saya tidak akan menjadi pengguna setia Shaklee sehingga ke hari ini. Boleh dikatakan, hampir kesemua produk Shaklee saya telah cuba dan amalkan, hal ini menyebabkan saya mudah untuk berkongsi apa yang saya makan dan amalkan serta menceritakan kesannya kepada para pelanggan yang membeli dengan saya.

Kisah Saya Mengalami Sakit Tulang Belakang Yang Amat Sangat!

Dalam banyak-banyak testimoni Shaklee yang saya telah alami sendiri, saya memilih untuk berkongsi tentang testimoni berkaitan sakit tulang belakang yang saya alami kira-kira 4 tahun yang lalu.

Januari 2019, saya tiba-tiba terasa sakit sangat pada bahagian tulang belakang, pinggang dan ke atas. Tak tahu lah apa sebabnya. Kalau duduk, nak bangun rasa sakit sangat. Duduk waktu memandu kereta pun sakit. Tidur lagi sakit.

Hampir 2 minggu juga saya bertahan. Pada masa itu, saya terfikir mungkinkah disebabkan saya sering buat kerja berat yang menyebabkan saya alami sakit sampai macam tu sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum tahun 2019 saya menguruskan anak-anak seramai 6 orang seorang diri kerana tinggal berjauhan dengan suami. Saya di Terengganu dan suami di Kedah. Jadi, banyak kerja yang saya terpaksa lakukan sendiri, uruskan anak-anak, buat kerja rumah disamping tugas hakiki saya sebagai seorang pensyarah universiti.

Saya pun panggil kakak tukang urut yg biasa datang mengurut di rumah saya untuk tengok dan urut badan bagi menghilangkan kesakitan yang saya alami. Namun, lepas urut sama juga, macam tak ada kesan. Saya masih berbelah bahagi nak berjumpa doktor atau tidak. Tapi disebabkan tak tahan dah sakit tu, akhirnya pergi la juga ke klinik panel tak jauh dari rumah kami pada masa itu.

Bila doktor cek semua dia kata mungkin slip disc kesan hentakan atau insiden jatuh tangga masa mengandung anak sulung kira-kira 15 tahun yang lalu. Selain itu, saya juga pernah jatuh depan rumah hujung tahun 2018 sampai terpeleot kaki dan rasa sakit sangat pada waktu itu.

Ubat yang doktor bagi pada masa itu

Doktor sarankan saya menjalani MRI. Beliau hanya dapat bekalkan ubat tahan sakit je. “2 minggu lagi kena jumpa saya semula untuk ajar fisioterapi”, kata doktor

Balik rumah, saya tambahkan dose pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang saya sedia ambil seperti Ostenutrix, Omega Guard dan B Complex. Saya juga nekad untuk konsisten makan Kolagen dan Vivix setiap hari. Sebelum ni makan juga tapi culas, sebahagiannya tak konsisten pun.

Selepas 2 Minggu, Sakit Saya Terus Hilang!

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, selepas lebih kurang seminggu saya konsisten mengambil vitamin-vitamin tersebut, sakit yang saya rasa sebelum ni dah makin kurang. Dan syukur sangat, selepas 2 minggu berikutnya, kesakitan teruk yang saya alami sebelum tu, terus hilang.

Ubat tahan sakit yang doktor bagi 1 pun saya tak sempat makan. Perancangan awal nak pergi buat MRI pun ditangguhkan. Dan saya pun tak jadi teruskan temujanji dengan doktor untuk buat fisioterapi tu.

Untuk pengetahuan, semua vitamin yang saya amalkan pada ketika itu seperti Ostenutrix, Omega Guard, B Complex, Kolagen dan Vivix adalah amat bagus untuk kesihatan tulang, saraf, sendiri dan pelbagai manfaat lain yang kesemuanya amat baik untuk meningkat tahap kesihatan kita.

Saya bersama produk yang saya ambil pada waktu itu, semuanya masih packaging lama

Sekali lagi saya amat bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan ini asbab kenal Shaklee. Kepada anda semua yang belum amalkan vitamin atau suplimen, baik amal ketika sihat ni. Jangan nak tunggu masa sakit baru nak ambil suplimen.

Demikianlah salah satu kisah testimoni saya sendiri selepas mengamalkan vitamin Shaklee. InsyaAllah di lain masa, saya akan kongsikan testimoni lain pula yang saya alami sendiri asbab pengambilan produk Shaklee dengan izin Allah.  Semoga perkongsian testimoni ini bermanfaat buat anda semua.

Akhir sekali, saya amat berharap semoga perkongsian testimoni Shaklee saya ini akan mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwiraku.com. Sebarang pertanyaan berkenaan produk Shaklee atau bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

Sehingga bertemu di lain masa, bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge