Assalamualaikum semua.
Pada masa kini, ramai orang telah memilih bisnes online untuk menambah pendapatan keluarga. Sejak negara kita dan seluruh dunia dilanda Covid 19 pada tahun 2019 yang lalu, penggunaan teknologi semakin meningkat dan menjadi pilihan ramai. Perniagaan secara online atau atas talian menjadi semakin popular dan salah satunya adalah Bisnes Online Shaklee yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa tips bisnes online dengan Shaklee. Bagaimana nak mulakan bisnes Shaklee secara online? Apa yang perlu dilakukan? Ok, jom kita tengok satu persatu.
Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Shaklee Secara Online?
Pertama – mendaftar keahlian Shaklee dengan segera. Pastikan anda mendaftar dengan orang yang sangat komited untuk membantu anda memulakan bisnes. Kalau nak lagi mudah, anda boleh terus mendaftar keahlian Shaklee dengan saya.
Kedua – wajib beli produk Shaklee untuk kegunaan sendiri dan juga ahli keluarga. Kenapa? Kerana ia akan memudahkan kita untuk menjual produk Shaklee kepada orang lain atau orang di sekeliling kita apabila kita sendiri dah makan dan merasai kesannya. Shaklee tiada duta atau model, ahli atau pengguna Shaklee lah yang menjadi ‘duta’ kepada produk Shaklee.
Ketiga – anda perlu ada akaun media sosial. Tak kisahlah apa medium yang ingin anda fokus, sama ada Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube, Blog dan sebagainya. Tapi kena pastikan bahawa kita sentiasa fokus dan konsisten update akaun medsoc kita berkaitan bisnes Shaklee, produk, testimoni dan sebagainya.
Keempat – perkenalkan diri anda sebagai Pengedar Shaklee Sah dan berdaftar di media sosial anda supaya ramai kawan-kawan yang tahu dan maklum bahawa anda sememangnya aktif menjalankan bisnes Shaklee.
Kelima – sentiasa konsisten berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee, testimoni pengguna selain mengajak lebih ramai orang untuk menyertai Shaklee melalui kumpulan anda. Anda tidak perlu risau jika baru nak mulakan bisnes Shaklee dan tidak banyak info yang anda boleh gunakan..kerana kita ada group support yang kuat, yang sentiasa membantu antara satu sama lain.
Keenam – sentiasa libatkan diri anda dengan kelas-kelas nutrisi yang dianjurkan oleh syarikat untuk menambal ilmu dan pengetahuan anda tentang produk dan penyakit. Selain itu, dalam team kami, banyak kelas-kelas yang dibuat untuk membantu para pengedar memulakan bisnes Shaklee dan mengembangkannya.
Ketujuh: sentiasa upgrade diri dengan ilmu-ilmu digital kerana ia sangat membantu kita untuk mempelbagaikan marketing sewaktu menjalankan perniagaan atas talian atau bisnes online ini.
Demikianlah serba sedikit tips untuk anda semua memulakan bisnes online Shaklee. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya segera di link wassap berikut.
Sehingga berjumpa lagi, byeeee…