VITAMIN E BANTU TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI

Spread the love

Hai assalamualaikum.

Dalam penulisan-penulisan saya sebelum ni, jarang sekali saya bercerita tentang produk Shaklee yang satu ini iaitu Vitamin E. Alhamdulillah, entri kali ni saya nak kongsikan tentang salah satu manfaat Vitamin E Shaklee berkaitan dengan kesuburan suami isteri.

Selalunya bila disebut tentang vitamin E, orang akan sentuh tentang kecantikan kulit. Sememangnya Vitamin E dikenali sebagai salah satu vitamin untuk kulit cantik iaitu dapat kurangkan serta hilangkan parut pada kulit. Tetapi, orang kurang berkongsi tentang manfaat vitamin E untuk kesuburan lelaki dan wanita.

Vitamin E Dapat Tingkatkan Kesuburan Suami dan Isteri

Berikut adalah manfaat vitamin E untuk para suami:

Meningkatkan Kecergasan dan Sperma yang kuat. Pengambilan vitamin E secara tetap dapat membantu:

  1. Meningkatkan bilangan sperma yang sihat.
  2. Melindungi sperma daripada serangan radikal bebas.
  3. Memperbaiki bentuk dan pergerakan sperma.
  4. Mengekalkan tahap Testosteron yang sihat.

Pengambilan Vitamin E juga dapat membantu pengurusan Andrapouse dengan baik.

Manakala manfaat Vitamin E untuk kesuburan wanita pula ialah dapat meningkatkan persenyawaan pada wanita. Vitamin E adalah vitamin penting untuk ovari dan membantu untuk:

  1. Bertindak sebagai antioksidan anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.
  2. Meningkatkan lendir serviks, menjadikannya lebih mudah untuk sperma kekal hidup lebih lama.
  3. Bantu telur yang disenyawakan kekal melekat pada dinding rahim.

Kandungan Bahan Dalam Vitamin E Shaklee

1 kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi:

  • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.
  • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Testimoni Pengguna Vitamin E Shaklee Untuk Kesuburan

Berikut adalah testimoni kisah benar yang dikongsikan oleh Puan Siti Noriza Saleh dalam page Supermom Shaklee Story, jom kita sama-sama baca kisah beliau:

Assalamualaikum.
Saya Siti Noriza Saleh dan berumur 38 tahun. Kawan kawan panggil Buk Ct atau Kak Ct. Kalau kawan kawan yang rapat dengan Kak Ct mesti tahu niat dan keinginan Kak Ct untuk mendapatkan cahaya mata lagi seorang. Kenapa lagi seorang?
Memandangkan anak anak yang sekarang berumur 12 dan 9 tahun dan Kak Ct sukakan budak budak, buatkan keinginan nak tambah cahaya mata tu sangat melekat di hati.
Sejak 5 tahun yang lepas memang Kak Ct teringin dan berusaha untuk dapatkan cahaya mata. Tapi tidaklah benar benar rasa tertekan bila setiap bulan masih tiada tanda tanda kehamilan tu. Sehinggalah tahun 2017, Kak Ct mula kawal pemakanan seharian dengan ikuti program detox dan eat clean. Malahan mula konsisten ambil set kesuburan Shaklee iaitu GLA Complex, B complex, Vitalea, Sr Vitamin C dan Vitamin E.
Kemudian pada awal tahun 2018, suami pula ambil set kesuburan secara tak lansung dia ambil suplemen untuk elakkan tekanan darah tinggi.
Suami ambil Vitamin E, Coq Troll, Vitalea, Phytocol ST dan Omega Guard.
Ini secara ringkas kenapa perlu ambil set kesuburan Shaklee ini.
Supplement dalam SET KESUBURAN SHAKLEE:
1. GLA untuk stabilkan kitar haid & hormon, also untuk hasilkan ovum yg sihat.
2. ALFALFA untuk atasi masalah keputihan yg boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Juga utk stamina & byk kan pelincir semasa bersama suami.
3. B COMPLEX mengandungi Folic Acid utk perkembangan awal baby, mmg disarankan consume masa ikhtiar hamil lagi.
4. VITALEA ni multivitamin lengkap utk make sure badan cukup keperluan nutrisi & bersedia utk hamil. And also untuk tenaga juga.
5. ESP untuk menguatkan otot rahim. Sometimes ada yg lekat tapi tak kuat and gugur semula sebagai haid. InshaaAllah ESP bantu utk perlekatan lebih kuat.
6. VIT E utk kekerapan penghasilan air mani bg suami.
Pada hujung tahun 2018 iaitu pada bulan Oktober, Kak Ct join 1 group iaitu IF ( Intermitten Fasting) dan cuba ikut tips untuk kurangkan badan dengan niat untuk sihat dan mana tau Allah perkenankan doa Kak Ct akan lebih subur bila berat badan dikurangkan.
Dengan konsisten IF, eat clean dan ambil set kesuburan serta tambahan herbalax dan alfalfa untuk proses pembuangan lebih berjalan lancar.
Tiba tiba, pada bulan 12, Kak Ct kerap sangat bengkak gusi. Kena kanan kiri lak tu. Jadi stress sangat sangat. Nak naik marah je. Emosi pun tak stabil. Ambil vitamin semua megadose sebab nak biar bengkak gusi tu reda.
Sehinggalah bila perasan yang eh, dah lama tak datang bulan. Bila cek balik dengan group mengaji Team GMTJ, betullah. Dah lewat 40 hari ni. Berdebar debar dan rasa excited nak beli pregnant test. Tapi tak naklah rasa kecewa kalau dapat keputusan yang tidak seperti diharapkan, jadi biarlah dulu.
Sehingga bila rasa berbeza dengan perubahan dalam badan, Kak Ct nekad beli pregnant test. Hmmm agak kabur, tapi hati tu yakin pregnant.
Tunjuk kat suami, dia kata, entahlah. Dia bukan tahu sangat. Haihh. Maka, tunggu lagi sehingga benar benar melebihi 40 hari, Kak Ct beli lagi pregnant test. Alhamdulillah. Akhirnya Allah perkenankan doa Kak Ct. Syukurrr.
Malahan doa yang Kak Ct amalkan pun diambil dari facebook yang mana dishare oleh kawan alam maya.
Doanya macam ni
“Ya Allah, jika dengan kehamilan dan kelahiran bayi baru nanti akan buatkn aku dan suami ku lebih rapat dengan Mu, lebih patuh dengan agama Mu, lebih luaskan rezeki aku, maka perkenankanlah doa aku untuk hamil kesekian kalinya”
Inilah doa yang Kak Ct baca setiap hari.
Terima kasih Allah.
Terima kasih shaklee.
Terima kasih SupermomShakleeStory!
Banyak lagi testimoni berkenaan pengambilan vitamin E Shaklee untuk kesuburan yang dikongsikan dalam page Supermom Shaklee Story. Jika anda berminat untuk tahu lanjut berkenaan manfaat vitamin E untuk tingkatkan kesuburan anda suami isteri, boleh hubungi saya segera dengan klik di link berikut.
Sehingga berjumpa lagi, bye..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by