7 MANFAAT COQ TROL PLUS SHAKLEE YANG PERLU ANDA TAHU

Spread the love

Assalamualaikum dan hai semua.

Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan tentang satu lagi produk Shaklee yang jarang diperkatakan oleh orang tetapi sebenarnya ia mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan manusia. Produk yang saya maksudkan ialah CoQ Trol Plus Shaklee.

Apa Itu Coenzyme Q10 (COQ10)?

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Oleh itu, amat disarankan kepada anda untuk mengambil CoQ Trol Plus Shaklee bagi menampung keperluan CoQ-10 oleh tubuh badan anda.

5 Manfaat CoQ Trol Plus Shaklee

1) Meningkatkan kekuatan otot.

Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II)1(otot yang menjana kuasa dan kekuatan). Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.

2) Mempercepatkan proses pemulihan luka.

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka.
CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

3) Menyokong gaya hidup aktif anda.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

4) Memastikan anda bertenaga sepanjang hari.

CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda, menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dalam sehari.

5) Meningkatkan Kesuburan Suami dan Isteri

CoQ10 meningkatkan tahap tenaga dan memberikan perlindungan antioksida kepada sperma dan ovum. Tahap CoQ10 yang sihat membantu meningkatkan kuantiti sperma yang sihat serta meningkatkan pergerakan sperma sambil meningkatkan kualiti ovum wanita.

6) Meningkatkan Keremajaan Kulit

CoQ10 juga dijumpai di permukaan luar kulit dan melindungi kulit dari sinar UV berbahaya, membekalkan tenaga untuk membaikpulih sel agar kulit yang lebih berseri, lebih anjal dan lebih muda. CoqTrol Plus Shaklee boleh bertindak sebagai sunblock untuk kulit wajah kita dari dalam.

7) Meningkatkan Kuasa Minda
Membekalkan tenaga dan perlindungan antioksida kepada otak, CoQ10 didapati bermanfaat dalam mengurangkan pembentukan plak, penyebab utama Penyakit Alzheimer. CoQ10 menyokong sel-sel otak
yang sihat, meningkatkan fokus, ingatan dan fikiran yang lebih jelas.

Perbezaan dan Keistimewaan CoQ Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. CoQ Trol Plus Shaklee mempunyai formulasi berpatent untuk penyerapan CoQ10 yang lebih baik.

Selain itu, untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. CoQ Trol Plus Shaklee mempunyai fakta nutrisi sebagaimana berikut:

Coenzyme Q10 (Ubidecarenone) 100 mg
Campuran Tokoferol 5.5 mg
Resveratrol
(dari ekstrak Polygonum cuspidatum root)
2 mg

 

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk CoQ Trol Plus Shaklee, anda boleh terus hubungi saya dengan menekan link berikut.

Sehingga berjumpa lagi..bye..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi segera
Powered by