
Assalamualaikum dan Salam Jumaat Penguhulu Segala Hari.
Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang keperluan vitamin untuk wanita. Tentu anda bersetuju dengan saya jika saya katakan bahawa wanita atau ibu adalah ‘nadi’ kehidupan sebuah keluarga. Selalu orang mengatakan bahawa “di sebalik kejayaan seorang lelaki, sudah tentu ada wanita hebat di sebalik kejayaan tersebut..”
Wanita menjadi ‘pembantu’ kepada kejayaan suami dan anak-anak. Wanita juga berperanan dalam menguruskan rumahtangga sewaktu ketiadaan suami di rumah. Bagi wanita bekerjaya, wanita menjadi aset penting kepada perjalanan satu-satu organisasi. Ramai dari kalangan wanita yang berjaya dalam bisnes, kerjaya dan juga pendidikan.
Oleh sebab itu, semua wanita tidak kira dah berkahwin atau masih bujang, bekerjaya ataupun tidak, hatta yang masih belajar perlu sangat menjaga kesihatan dan kecerdasan diri. Selalu orang mengatakan, jika seorang ibu sakit, maka akan terganggu lah kerja-kerja rumah dan juga urusan anak-anak dan suami. Wanita mesti kekal sihat demi insan tersayang.
4 Vitamin Penting Untuk Wanita
1. Multivitamin
Multivitamin adalah campuran vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh. Wanita sering terdedah kepada pelbagai tuntutan seperti kerjaya, keluarga, dan gaya hidup aktif. Pengambilan multivitamin membantu memastikan tubuh menerima nutrien yang mencukupi untuk menjalankan fungsi harian dengan cekap. Multivitamin juga boleh membantu mengatasi kekurangan nutrien yang mungkin berlaku akibat pemakanan yang tidak seimbang.
Jika tubuh kekurangan nutrien, badan kita akan selalu letih dan mudah dijangkiti penyakit. Sebagai cadangan daripada Shaklee, anda boleh mengambil multivitamin yang diformulasi baru iaitu Vitalize. Vitalize Shaklee mengandungi 25 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Untuk bacaan lanjut berkenaan Vitalize Shaklee, anda boleh baca DISINI.
2. GLA (Asid Gama-Linolenik)
GLA adalah jenis asid lemak omega-6 yang dapat ditemui dalam minyak borage, minyak primrose, dan minyak hitam biji labu. GLA memiliki sifat anti-radang dan dapat membantu mengurangkan simptom yang berkaitan dengan sindrom pra-haid, seperti sakit perut, keletihan, dan perubahan mood. Selain itu, GLA juga boleh membantu menjaga kulit yang sihat dan cantik, serta memelihara keseimbangan hormon.
GLA adalah salah satu vitamin yang sangat penting untuk wanita. Selain daripada manfaat yang dinyatakan di atas, GLA juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Selain itu, GLA juga amat sesuai diamalkan oleh wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
3. Omega-3
Omega-3 adalah jenis asid lemak yang ditemui dalam ikan berlemak seperti salmon, sarden, dan trout. Kebaikan omega-3 kepada kesihatan wanita termasuklah meningkatkan fungsi jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh. Omega-3 juga memberi kesan positif kepada sistem saraf dan keseimbangan emosi, yang dapat membantu mengurangkan risiko kemurungan dan kecemasan.
Omega-3 dalam Shaklee terkandung dalam Omega Guard. Anda disarankan untuk mengambil Omega Guard Shaklee kerana ia telah melalui proses penyulingan berperingkat yang mana dapat menyingkirkan toksin dan juga bendasing yang memudaratkan kepada tubuh badan. Wanita hamil dan menyusu juga sangat disarankan untuk mengambil Omega Guard yang juga baik untuk perkembangan otak bayi.
4. Kalsium
Kalsium adalah mineral yang penting untuk kekuatan tulang dan gigi. Wanita mempunyai risiko lebih tinggi terkena osteoporosis (penyakit pengeroposan tulang) berbanding lelaki, terutamanya selepas menopause. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan membantu mencegah kehilangan kepadatan tulang dan mengekalkan tulang yang kuat. Sumber kalsium yang baik termasuk susu, produk tenusu rendah lemak, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran hijau gelap.
Kalsium dalam Shaklee dinamakan Ostenutrix. Ostenutrix Shaklee bukan hanya mengandungi kalsium, tetapi juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, zinc, copper dan lain-lain. Sangat disarankan kepada kaum wanita terutamanya kaum ibu dan amat baik untuk menghilangkan sakit-sakit sendi tulang selain dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan.
Pengambilan vitamin yang sesuai adalah penting bagi kesihatan wanita yang aktif dan sibuk. Multivitamin, GLA, omega-3, dan kalsium adalah beberapa jenis vitamin yang memberikan manfaat istimewa kepada wanita. Pengambilan vitamin-vitamin ini dengan seimbang bersama pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang aktif dapat membantu menjaga kesihatan keseluruhan, mengurangkan risiko penyakit kronik, dan meningkatkan kualiti hidup. Walau bagaimanapun, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum memulakan pengambilan sebarang tambahan vitamin dalam rutin harian anda.
Jika anda nak mendapatkan vitamin untuk wanita di atas atau nak tahu lanjut tentang rangkaian produk Shaklee yang lain, boleh hubungi saya dengan klik link wassap berikut.
Sehingga berjumpa lagi, wassalam.