KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG: 4 PERSEDIAAN ROHANI BUAT BAKAL IBU DAN BAPA

Spread the love

Setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan pasti menginginkan zuriat atau cahayamata sebagai penyeri rumahtangga. Justeru, apabila si isteri telah disahkan hamil, terutamanya bagi pasangan yang pertama kali nak menimang cahayamata, berita ini pasti menjadi satu berita yang sangat menggembirakan buat pasangan dan juga keluarga mereka. Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan keperluan wanita mengandung yang mungkin kurang diambil berat oleh pasangan bakal ibu dan bapa muda kini iaitu berkaitan persediaan rohani.

Kebiasaannya, keperluan ibu mengandung yang sering dititikberatkan ialah berkaitan dengan nutrisi, pemakanan, senaman dan seumpamanya. Namun, dalam Islam pembentukan karektor anak-anak sebenarnya bermula sejak sebelum atau permulaan kehamilan ibu tersebut. Jadi saya ingin kongsikan beberapa persediaan rohani yang perlu ibu amalkan sejak mula kehamilan.

4 Persediaan Rohani Bakal Ibu

Persediaan rohani atau amalan kerohanian adalah amat penting dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh terutamanya oleh ibu-ibu hamil yang beragama Islam. Menurut Islam, ruh bayi akan ditiup ke dalam rahim ibu ketika kandungan berusia 120 hari atau 4 bulan. Sepanjang tempoh ini, bayi akan mendengar dan merasai apa sahaja perkara yang dilakukan oleh ibu bapanya. Justeru, ibu bapa mestilah meningkatkan amal ibadat dan menjaga tingkah laku bagi melatih dan mendidik bayi sejak dari dalam kandungan lagi.

Pertama: Berakhlak Mulia

  1. Menjaga Lidah – elakkan bercakap perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat atau dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Sebaliknya, perbanyakkan berzikir, bertahmid, bertasbih dan bertakbir kepada Allah.
  2. Menjaga Hati – sentiasa mendidik hati supaya bersangka baik dengan orang sekeliling.
  3. Menjaga Emosi – sentiasa menjaga emosi agar tidak mudah marah yang boleh menyebabkan ‘stress’ dan mengganggu kandungan.
  4. Menjaga Sikap – sentiasa menjaga sikap agar tidak melakukan perkara yang sia-sia atau sesuatu yang menyakitkan hati orang di sekeliling atau menyusahkan mereka sepanjang kehamilan.

Kedua: Beristighfar

Ibu bapa atau bakal ibu bapa perlu memperbanyakkan istighfar sepanjang waktu kehamilan. Sentiasalah memohon taubat daripada Allah dan melakukan amalan solat sunat taubat serta memohon agar bayi dalam kandungan akan sentiasa dikasihi, dirahmati dan dilindungi oleh Allah. Sentiasa memperbanyakkan zikir memuji kebesaran dan keagungan Allah sebagai tanda mensyukuri nikmatNya.

Ketiga: Puasa Sunat

Suami atau bapa kepada bayi dalam kandungan ibu, digalakkan untuk melakukan puasa sunat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Zakaria. Bapa juga boleh berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis atau berpuasa pada hari-hari lain yang digalakkan untuk kita berpuasa sunat. Manakala bagi ibu mengandung pula, digalakkan untuk berpuasa sunat sekiranya puasa tersebut tidak menjejaskan seihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Keempat: Membaca al-Quran

Ibu dan bapa kepada bayi dalam kandungan amat digalakkan untuk memperbanyakkan mengaji atau membaca al-Quran sepanjang tempoh kehamilan. Hal ini demikian kerana ayat suci al-Quran mempunyai pelbagai khasiat, manfaat dan kelebihan buat bayi dalam kandungan. Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca sepanjang tempoh kehamilan adalah seperti berikut:

  1. Surah al-Fatihah – Dapat menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
  2. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak ayang sabar dan taat.
  3. Surah Yusuf – Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan akhlak.
  4. Surah at-Taubah – Untuk membersihkan jiwa dan memelihara diri dari melakukan maksiat.
  5. Surah Yaasin – Untuk menenangkan jiwa ibu mengandung dan semoga anak yang bakal lahir tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan (sama ada jin atau manusia).
  6. Surah al-Hujurat – Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang dilahirkan mempunyai sikap yang berhati-hati.
  7. Surah Luqman – agar anak yang dilahirkan mempunyai akal yang cerdik dan hati yang terang.

Saya senaraikan sebahagian sahaja daripada surah-surah pilihan untuk ibu mengandung. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang sangat bagus diamalkan sepanjang kehamilan sam ada oleh ibu atau bapa. Jika tidak dapat baca satu surah sekaligus dalam satu-satu masa, boleh baca beberapa ayat dan sambung semula pada masa lain.

Baca Juga: Doa-Doa Yang Bagus Diamalkan Oleh Seorang Ibu

Setakat ini dulu penulisan saya kali ini. InsyaAllah saya akan sambung lagu entri berkenaan tajuk keperluan ibu mengandung yang lain dalam penulisan seterusnya. Sebarang pertanyaan tentang pengalaman kehamilan, boleh hubungi saya di talian whatsapp berikut untuk kita sembang-sembang santai.

Sehingga berjumpa lagi di lain masa, bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge
1
hubungi saya
Powered by