Hai assalamualaikum semua rakan maya. Salam Jumaat Penghulu Segala Hari, kebetulan saat saya menulis entri ini ialah pada Hari Jumaat 26 Mei 2023. Didoakan semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Entri kali ini saya ingin kongsikan berkenaan cara mudah untuk renew membership Shaklee dan automatik kita boleh terus nikmati manfaatnya seumur hidup.
Dalam entri sebelum ini yang bertajuk Peluang Dapat Vitamin Percuma Setiap Bulan Dengan Cash Rebate Shaklee, saya ada kongsikan bagaimana cara nak menjadi ahli Shaklee. Untuk pengetahuan semua, keahlian Shaklee adalah sah untuk seumur hidup dengan syarat anda aktif atau ada membuat belian juga sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Cara untuk Renew Membership Shaklee
Proses untuk renew membership Shaklee sangatlah mudah. Anda hanya perlu membuat pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum dan selepas tarikh lahir anda.
Dengan melakukan sebarang pembelian produk Shaklee sekurang-kurangnya Herbal Blend Cream, keahlian anda akan secara automatik diperbaharui dan anda akan kekal aktif ahli Shaklee. Haaa.. Mudah sangat kan.?!
Tapi awas, jika selepas 6 bulan anda tak renew membership Shaklee, id anda tidak lagi aktif dan berkemungkinan akan terkeluar dari sistem Shaklee. Jadi pastikan anda membuat pembelian dalam tempoh yang ditetapkan.
Kelebihan Renew Membership Shaklee
Sebagai leader dan Founder group Shaklee An-Najah, saya sangat saran kan dan sentiasa ingatkan ahli team supaya sentiasa buat belian sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan sebelum dan selepas tarikh lahir ahli.
Hal ini bagi memastikan semua ahli akan terus menikmati pelbagai manfaat sebagai ahli Shaklee. Antara manfaat dan kelebihan jika kita terus kekal sebagai ahli Shaklee ialah:
Harga Ahli:
Apabila anda renew keahlian Shaklee, anda akan terus menikmati harga ahli untuk pembelian produk-produk Shaklee. Ini bermakna anda boleh membeli produk dengan harga yang lebih rendah daripada harga runcit, menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.
Pendapatan Sampingan:
Selain daripada mendapat produk dengan harga ahli, keahlian Shaklee juga memberikan peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Anda boleh menjadi pengedar Shaklee dan menjual produk Shaklee kepada kenalan dan pelanggan. Dengan sales yang anda buat, anda berpeluang memperoleh komisyen yang lumayan. Ini adalah satu peluang yang baik untuk menambah pendapatan anda sambil memberikan manfaat kepada orang lain melalui produk kesihatan Shaklee.
Akses kepada Event dan Program:
Apabila anda terus kekalkan keahlian Shaklee dan aktif menjalankan bisnes Shaklee, anda berpeluang untuk menghadiri pelbagai acara dan program yang dianjurkan oleh syarikat atau team Shaklee. Ini termasuk seminar, bengkel nutrisi, dan kelas-kelas marketing serta kelas khas untuk mereka yang nak jalan kan bisnes Shaklee secara aktif. Jika anda nak tahu, kelas nutrisi Shaklee ni dikendalikan oleh pakar nutrisi Shaklee tau.
Bantu Orang Lain:
Dengan renew keahlian Shaklee, anda dapat membantu lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menggalakkan mereka untuk mengambil vitamin dan suplemen kesihatan yang selamat dan berkesan. Anda boleh berkongsi pengetahuan anda tentang produk Shaklee dan memberikan nasihat kepada mereka untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Nikmati Tawaran Hebat Shaklee:
Sebagai ahli Shaklee yang aktif, anda juga berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran dan promosi hebat yang ditawarkan oleh syarikat. Ini termasuk diskaun hebat, hadiah percuma, atau promosi khas yang hanya diberikan kepada ahli Shaklee. Selain itu, pelbagai ganjaran dan tawaran lain yang best dari Shaklee.
Jadi, saya sangat sarankan semua ahli Shaklee untuk renew keahlian Shaklee masing-masing. Sebab banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat.
Kepada sesiapa yang belum daftar keahlian Shaklee, boleh hubungi saya untuk mendaftar keahlian anda hari ini. Boleh hubungi saya dilink WhatsApp berikut.