
Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke-13 saya menjadi penguna tegar produk Shaklee dan bulan September nanti merupakan ulangtahun ke-11 saya sebagai ahli dan pengedar Shaklee. Selama 2 tahun saya mengambil vitamin Shaklee sebagai pengguna biasa iaitu bermula sekitar tahun 2009/2010 sebelum saya mengambil keputusan untuk join Shaklee pada September 2012.
Produk pertama yang saya ambil adalah Multivitamin Shaklee iaitu Vita-Lea kerana pada waktu itu saya sangat letih dan penat menguruskan anak-anak kecil seramai 4 orang di samping bekerja sebagai pensyarah dan menguruskan keluarga termasuk sepasang kembar. Sebelum itu, saya memang tidak pernah mengambil sebarang jenis suplimen dan tidak mudah terpengaruh dengan apa-apa produk kesihatan.
Namun, satu masa saya terlelap ketika memandu akibat keletihan dan hampir kemalangan, menyebabkan saya nekad untuk mencari solusi bagi menghilangkan keletihan dan kelesuan yang saya alami. Alhamdulillah pada waktu itulah saya diperkenalkan dengan Multivitamin Shaklee iaitu Vita-Lea oleh seorang rakan dan syukur sangat selepas mengambil Vita-Lea dan beberapa vitamin lain, saya menjadi semakin cergas dan bertenaga.
Setelah itu, saya mula berkongsi kebaikan Shaklee kepada rakan-rakan dan sanak saudara supaya mereka semua turut dapat merasai kesan baik dan manfaat produk Shaklee. Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah, sampai sekarang telah ramai rakan dan taulan serta ramai orang yang telah saya bantu untuk hidup lebih sihat asbab pengambilan produk Shaklee.
Multivitamin Shaklee Merupakan Multivitamin Tertua Di Dunia
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Multivitamin Shaklee merupakan antara multivitamin tertua di Amerika Syarikat dan di dunia dengan nama awalnya ialah Vitalized Mineral. Dan istilah vitamin yang digunakan sehingga kini juga dikatakan adalah singkatan atau diambil sempena nama Vitalized Mineral ini.
Multivitamin Shaklee telah dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee sekitar tahun 1915. Ini bermakna, pada tahun 2023 ini, Multivitamin Shaklee ini telah berusia hampir 108 tahun. Wow! Amazing sangat kan?
Kini Vita-Lea Dah Tukar Nama Kepada Vita-Lize!
Alhamdulillah… selepas lebih 100 tahun berlalu, baru-baru ini pihak syarikat telah mengumumkan wajah baharu multivitamin Shaklee yang kini dikenali dengan nama Vita-Lize. Multivitamin Shaklee dengan wajah baharu ini mengandungi tambahan kandungan Vitamin D, Asid Folik dan tambahan kandungan nutrien baharu iaitu Vitamin K1, yang mana sebelum ini kandungan Vitamin K1 tiada dalam multivitamin Shaklee.
Berbanding dengan multivitamin jenama lain di pasaran, Multivitamin Shaklee Vita-Lize ini sangat istimewa kerana:
- Mengandungi 25 jenis multivitamin dan mineral penting untuk tubuh.
- Disokong oleh Kajian Klinikal (Kajian Landmark) yang hanya dijalankan oleh syarikat Shaklee.
- Sistem Penghantaran Salutan Mikro Berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik oleh tubuh badan dengan lebih berkesan.
Siapa Yang Perlu Mengambil Vita-Lize Shaklee?
Secara umumnya, kita semua perlu mengambil multivitamin setiap hari memandangkan keadaan hidup sekarang yang terdedah dengan pencemaran, bukan hanya pencemaran dari segi udara mahupun pencemaran air, bahkan bahan makanan kita juga terdedah dengan pencemaran bermula sejak penanaman bahan mentah lagi.
Namun begitu, golongan-golongan berikut adalah sangat-sangat disarankan untuk mengambil Vita-Lize Shaklee setiap hari iaitu:
- Ibu hamil dan menyusu
- Orang dewasa yang tidak mengamalkan diet yang seimbang
- Orang dewasa yang aktif
- Orang dewasa yang mengalami kekurangan berat badan
- Orang dewasa yang mengalami tekanan atau stres
- Orang dewasa yang sentiasa sibuk
Jika anda tergolong dalam golongan di atas, maka anda sangat disarankan untuk mengambil Multivitamin Shaklee atau Vita-Lize setiap hari untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.
Jika anda inginkan info lanjut berkenaan dengan Multivitamin Shaklee yang berwajah baharu ini, boleh segera hubungi saya Dr. Najihah Pengedar Sah Shaklee Malaysia dengan hanya klik di link berikut. Setakat ini dahulu untuk entri kali ini, hingga berjumpa lagi di lain masa. Bye.