
Assalamualaikum dan selamat bersua kembali semua pembaca setia blog drnajihaham.com!
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai peluang perniagaan menarik bersama Shaklee dan manfaat luar biasa yang boleh anda perolehi melalui Shaklee iaitu dalam bentuk cash rebate atau bonus tunai. Dengan cash rebate ini juga, anda boleh dapatkan vitamin ‘percuma’ setiap bulan!
3 Tawaran Hebat dari Shaklee Apabila Anda Sertai Shaklee!
Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini dalam entri bertajuk 5 Kriteria Pemilihan Bisnes Online Terbaik Masa Kini, Shaklee menawarkan 3C kepada para pengedarnya iaitu Cash, Car dan Convention Trip. Setiap “C” itu, sekiranya kita semua dapat capai, memang sangat lumayan dan berlipat kali ganda keseronokannya tau! Tapi, dalam entri kali ini saya hanya akan fokus kepada ganjaran C yang pertama iaitu CASH atau wang tunai!
Dalam Shaklee terdapat 2 jenis bonus tunai yang boleh dinikmati oleh semua orang yang mendaftar keahlian Shaklee sama ada untuk kegunaan sendiri dan keluarga, apatah lagi untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes Shaklee untuk jana pendapatan tambahan. 2 jenis bonus tunai yang saya maksudkan ialah:
Pertama: Untung Runcit – untung runcit iaitu keuntungan yang akan diperolehi apabila seseorang ahli Shaklee itu menjual produk Shaklee kepada orang lain yang belum menjadi ahli Shaklee.
Semua produk Shaklee mempunyai dua harga iaitu harga jualan (retail price – harga untuk mereka yang belum mendaftar keahlian Shaklee) dan harga ahli (dealer nett – harga untuk mereka yang sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee). Perbezaan antara harga ahli dan harga bukan ahli adalah antara 15 hingga 25% iaitu merupakan satu jumlah keuntungan runcit yang agak tinggi. Jumlah untung runcit ini akan terus diperolehi oleh seseorang ahli Shaklee sekiranya dia menjual produk Shaklee kepada bukan ahli dengan harga jualan.
Kedua: Bonus Bulanan – bonus bulanan ini akan diperoleh oleh seseorang ahli Shaklee sekiranya belian yang dibuat dalam satu-satu bulan itu mencapai sekurang-kurangnya 150UV atau point iaitu bersamaan lebih kurang RM550 ke atas. Tidak kira sama ada beliau membeli untuk diri sendiri dan keluarga atau untuk berbisnes. Bonus minima yang boleh diperolehi iailah sebanyak 5% daripada jumlah PV (purchase volume) pada bulan tersebut.
Manakala, peratus bonus tertinggi yang boleh dicapai ialah sebanyak 21% jika sekiranya jumlah jualan bulan tersebut mencecah 3000UV bersamaan lebih kurang RM10,000. Minima jumlah bonus yang boleh dicapai dengan 21% ialah RM1500 dan selalunya boleh mencecah sehingga RM2000 ke atas.
Peratus bonus bulanan berdasarkan jumlah jualan adalah sebagaimana yang tertera dalam poster di bawah.
Dapat Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee?
Biar betul boleh dapat vitamin percuma dengan cash rebate Shaklee? Ya! Memang benar sekali. Kenapa percuma pula?? Memang betullah, seseorang itu dapat membeli vitamin atau produk Shaklee secara percuma apabila beliau menggunakan untung runcit yang beliau perolehi hasil jualan produk Shaklee, untuk membeli vitamin untuk diri sendiri dan keluarga. Beliau tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri kerana membeli vitamin dengan keuntungan hasil jualan produk Shaklee tadi. Wahhhh.. best kan?
Selain itu, bonus bulanan yang diperolehi juga boleh dijadikan cash rebate untuk pembelian produk Shaklee. Kalau dapat bonus bulanan yang banyak, macam-macam lagi boleh dibuat dengan bonus tersebut. Nak beli apa sahaja, nak melabur hatta nak menyimpan dalam Tabung Haji pun boleh. Untungggg sangat! Tambahan pula bagi mereka yang ingin menambah pendapatan keluarga, bisnes Shaklee adalah jawapannya.
Bagaimana Nak Sertai Shaklee??
Apa yang saya kongsikan di atas, hanyalah sebahagian daripada ganjaran yang ditawarkan dalam Shaklee. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh perolehi apabila menyertaikan Shaklee dan bertekad untuk menjalankan bisnes secara serius secara fulltime mahupun parttime. Saya sendiri dah dapat macam-macam manfaat sejak menyertai Shaklee pada tahun 2012.
Ada 3 cara untuk menyertai Shaklee atau menjadi ahli Shaklee. Yang pertama, anda boleh membayar yuran keahlian sebanyak RM35 semasa pendaftaran. Setelah saya mendaftarkan keahlian anda, anda boleh terus menjalankan bisnes dengan tunjuk ajar daripada upline (iaitu saya sendiri) dan juga ahli team.
Cara kedua ialah dengan pembelian apa-apa produk Shaklee berjumlah 100uv atau lebih kurang RM350 hingga RM400, anda layak mendapat keahlian percuma dan boleh terus menjalankan bisnes Shaklee apabila selesai anda didaftarkan.
Cara ketiga ialah dengan pembelian produk promo dengan keahlian percuma. Cara ketiga ini paling untung dan paling best sekali. Contohnya untuk bulan Mei 2023 ini, Shaklee ada membuat promosi beberapa set vitamin yang melayakkan anda mendapat keahlian percuma. Antara yang paling berbaloi untuk anda beli ialah Set Healthy Rahma A iaitu terdiri daripada ESP dan Vitamin C dengan harga tersangat murah iaitu RM99 sahaja, anda layak mendapat keahlian percuma.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom rebut peluang yang julung-julung kali Shaklee tawarkan ini untuk menyertai Shaklee secara percuma dan rebut semua tawaran Shaklee iaitu 3C – Cash, car, Convention Trip. Jika anda ingin maklumat lanjut berkenaan perkara ini, boleh hubungi saya di link berikut. Cepat, bertindak segera hari ini juga untuk sertai team kami!
Sehingga berjumpa lagi, byee..
Menarikk
Kan, mmg best dpt vitamin free dgn cash rebate shaklee..