Tasik Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu: Tempat Riadah Menarik Untuk Seisi Keluarga

Spread the love

Jika anda tinggal di sekitar Gong Badak, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.. Tasik Stadium Gong Badak amat sesuai untuk anda seisi keluarga melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu atau pada setiap pagi dan petang.

Saya dan suami kerap juga membawa anak-anak datang ke sini untuk melakukan aktiviti riadah terutamanya pada hujung minggu. Sejak berpindah ke Terengganu hampir 4 tahun yang lalu, kawasan sekitar Tasik Stadium Gong Badak inilah antara tempat yang selalu kami berkunjung untuk beriadah.


Lokasi

Lokasi stadium ini tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan setentang dengan TH Hotel.


APA KEMUDAHAN YANG BEST ADA DI SINI?


Track untuk jogging keliling tasik.


Antara fasiliti yang ada di sini ialah track larian yang disediakan di sekeliling tasik. Ramai masyarakat setempat mengambil peluang untuk datang berjogging, melakukan brisk walk, mahupun berjalan-jalan santai untuk menghirup udara segar di sekitar tasik. Satu pusingan tasik jaraknya lebih kurang 1.7km.


Kemudahan alat untuk bersenam.


Selain boleh berjogging atau brisk walk keliling tasik, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti senaman di kawasan ini. Perbagai alat senaman disediakan dan boleh digunakan untuk beriadah di sini.


Kemudahan playground untuk anak-anak


Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, amat sesuai membawa anak-anak ke sini untuk beriadah kerana di sekitar tasik ini terdapat 2 kawasan playground yang agak luas untuk anak-anak bermain. Berbagai alat permainan kanak-anak tersedia seperti gelungsur, buaian, jongkang jongket dan lain-lain lagi.


Kemudahan Pondok Rehat di sekitar tasik.


Di sekitar tasik juga disediakan pondok-pondok rehat untuk bersantau atau untuk melepaskan penat berlarian sambil menghirup udara segar. Pondok ini juga boleh dijadikan tempat untuk discussion, berkelah dan sebagainya.


Aktiviti memberi makan ikan di tasik.


Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini juga ialah aktiviti memberi makan ikan yang terdapat dalam tasik. Anak-anak saya sangat seronok bagi ikan-ikan ni makanan. Sekarang ni pula, ada disediakan makanan ikan yang dijual di tepi tasik dengan harga RM1.

Namun, para pengunjung tidak dibenarkan untuk memancing di tasik ini. Jika tidak silap saya, ada penganjuran tahunan pertandingan memancing di tasik ini setiap tahun.


Pemandangan yang cantik dan udara yang segar di sekitar tasik.


Selain melakukan aktiviti riadah, pengunjung juga boleh datang untuk bersantai-santai, melepaskan tekanan kerja, bergambar dengan latarbelakang pemandangan yang cantik di sini. Suasana di sekitar tasik ini amat tenang dan mendamaikan.


Kemudahan-kemudahan lain yang ada di sini adalah tandas awam, gerai jualan pada masa-masa tertentu dan kawasan parking yang bersesuaian. Jika ada penganjuran acara di stadium tertutup yabg berdekatam, kawasan ini menjadi sedikit sesak dengan orang ramai.

Kepada anda yang datang bercuti ke Terengganu atau datang atas urusan kerja dan menginap di TH Hotel, lokasi ini amat dekat dengan TH Hotel. Boleh berjalan kaki sahaja ke sini. Inilah antara tempat saya sekeluarga melakukan aktiviti sihat pada hujung minggu.

Sehingga berjumpa lagi di entri saya akan datang.